Recent Hadith
"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."
(HR Bukhari & Muslim)
Recent Quran
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik." (Ali-Imran : 110)
Value Of Time
To realize the value of 10 YEARS.....ask a newly divorced couple
To realize the value of 4 YEARS.....ask a graduate
To realize the value of 1 YEAR.....ask a student who failed a grade
To realize the value of 1 MONTH.....ask a mother who has given birth to a premature baby
To realize the value of 1 WEEK.....ask an editor of a weekly newspaper
To realize the value of 1 HOUR.....ask those who are in love who are waiting to meet
To realize the value of 1 MINUTE.....ask the person who has missed the train, bus or plane
To realize the value of 1 SECOND.....ask a person who has survived an accident
To realize the value of 1 MILISECOND.....ask the person who has won a silver medal in the Olympics
To realize the value of A SISTER.....ask someone who doesn't have one
To realize the value of A FRIEND.....lose one
||| Time waits for no one...Yesterday in history.....Tomorrow still mystery.....Today is a gift |||
Treasure every moment we have with goodness...By the declining day, Verily Man is in loss, Save those who believe and do good works, and exhort one another to truth and exhort one another to endurance (Al-Asr 1-3)
Hadith 24/40
Daripada Abu Zar al-Ghifari r.a. daripada Rasulullah SAW berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Baginda daripada Allah SWT bahawa Dia berfirman: "Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya aku mengharamkan ke atas diriKu kezaliman dan Aku jadikannya di kalangan kamu sebagai suatu perkara yang diharamkan, maka janganlah kamu saling zalim-menzalimi. Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua sesat kecuali orang yang Aku hidayatkannya, maka hendaklah kamu meminta hidayat dariKu. Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua lapar kecuali orang yang Aku beri makan, maka hendaklah kamu meminta makan daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu makan. Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua telanjang kecuali orang yang Aku berikannya pakaian, maka hendaklah kamu meminta pakaian daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu pakaian. Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya kamu bersalah siang dan malam dan Aku mengampunkan semua dosa, maka mintalah keampunan daripadaKu nescaya Aku akan ampunkan kamu. Wahai hamba-hambaKu! Selama-lamanya kamu tidak akan mampu memudharatkan Aku sehingga kamu boleh memudharatkan Aku. Wahai hamba-hambaKu! Dan selama-lamanya kamu tidak akan mampu memberi manfaat kepada Aku sehingga kamu boleh memberi manfaat kepada Aku. Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati bertaqwa umpama hati orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak menambahkan apa-apapun dalam kerajaanKu. Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati jahat umpama hati orang yang paling jahat di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak mengurang-cacatkan apa-apapun dalam kerajaanKu. Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua berhimpun di suatu tempat, lalu mereka meminta daripadaKu (iaitu meminta sesuatu pemberian), lantas Aku kurniakan setiap orang dari kalangan mereka permintaannya, nescaya hal itu tidak mengurangkan sedikitpun apa-apa yang ada di sisiKu kecuali umpama berkurangnya air laut apabila dicelupkan sebatang jarum. Wahai hamba-hambaKu! Bahawa sesungguhnya hanya amalan kamu yang Aku akan perhitungkannya bagi kamu, kemudian Aku sempurnakan pembalasannya. Maka barangsiapa yang mendapat kebaikan maka hendaklah dia memuji Allah dan barangsiapa yang mendapat selain kebaikan, maka janganlah dia mencela kecuali mencela dirinya sendiri."
(Hadis riwayat al-lmam Muslim & hadith Qudsi)
Isi Penting
Hadis qudsi ini mempunyai banyak pengajaran antaranya:
(1) Zalim adalah suatu sifat keji yang diharamkan Allah SWT ke atas diriNya dan ke atas hamba-hambaNya. Barangsiapa yang melakukan kezaliman bererti dia telah melampaui batasan yang digariskan oleh Allah SWT.
Firman Allah s.w.t.:
"Dan tiadalah Aku menzalimi hamba-hamba." (Surah Al-Qaf : 29)
"Sesungguhnya syirik adalah kezaliman yang besar." (Luqman : 13)
Syirik adalah zalim kerana menjadikan Allah Maha Pencipta sama sebanding dengan ciptaanNya, atau menjadikan makhlukNya setaraf dengan Dia dalam segi i'tiqad dan ibadat.
Kezaliman antara manusia diharamkan menurut sabda baginda s.a.w. dalam khutbah hajinya yang terakhir:
"Sesungguhnya darah kamu dan hartabenda kamu dan kehormatan kamu haram atas kamu seperti haramnya hari kamu ini pada bulan kamu ini pada negeri kamu ini."
(2) Semua hamba adalah berhajat dan bergantung penuh kepada kurniaan dan kemurahan Allah SWT. Dialah Tuhan yang memberikan petunjuk, memberikan rezeki, memberi pakaian dan Dia juga Tuhan Yang Maha Pengampun segala dosa hamba-hambaNya. Sesungguhnya rahmat Allah sentiasa mendahului murkaNya.
Firman Allah s.w.t.:
"Dan jika kamu kufur, maka sesungguhnya bagi Allah apa yang ada pada langit dan yang ada pada bumi, dan adalah Allah itu kaya terpuji."
(3) Segala permohonan hendaklah hanya diajukan kepada Allah SWT, sama ada permohonan meminta hidayah, rezeki, makanan dan pakaian juga permohonan agar diampunkan segala dosa.
(4) Sesungguhnya Allah SWT Maha Gagah Perkasa. Manusia sekali-kali tidak mampu memberikanNya manfaat dan mudharat.
Sabda baginda s.a.w.:
"Dan barangsiapa durhaka kepada Allah dan RasulNya maka sesatlah ia dan tiada membahayakan, kecuali dirinya sendiri dan tiada membahaya Allah suatu jua pun."
(5) Segala perbuatan manusia sama ada ketaqwaan atau kejahatan, walaupun pada tahap yang paling maksimum dan paling dahsyat, semuanya tidak akan menambah atau menjejaskan kedudukan Allah SWT walaupun sedikit.
Firman Allah s.w.t.:
"Apa yang di sisi kamu habis, dan apa yang di sisi Allah kekal." (An-Nahl : 96)
(6) Segala kurniaan Allah kepada seluruh manusia dan jin, biar betapa banyak sekalipun, ia tidak akan mengurangkan apa yang dimilikiNya walaupun sedikit. la hanya umpama air yang terlekat pada sebatang jarum kerdil yang dijunamkan ke lautan luas.
(7) Setiap amalan manusia akan dihitung satu persatu oleh Allah SWT dan Dialah yang akan menyempurnakan pembalasannya, sama ada balasan baik mahupun buruk.
Manusia tidak terlepas dari buat dosa walau sehari. Dosa hanya dapat dihapuskan dengan istighfar memohon keampunan Allah s.w.t., yang sememangnya siap sedia untuk mengampunnya sekiranya dia telah insaf akan kesalahannya. Sabda baginda s.a.w. melalui riwayat dari Anas:
"Sekelian anak-anak Adam bersalah, dan sebaik-baik orang-orang yang bersalah mereka yang bertaubat."
Pengajaran Hadith
(1) Kezaliman adalah satu perbuatan yang amat terlarang baik dalam bentuk dan cara apa pun juga, sama ada dengan alasan mahu pun tidak.
(2) Segala persoalan hidup seorang manusia rohani dan jasmani (jiwa dan badan) tidaklah dapat dipisahkan dari Allah. Ertinya tidaklah dapat dipandang sebagai persoalan sendiri, yang diurus dan dikendalikannya sendiri; tetapi mempunyai hubungan dengan Allah sebagai hubungan antara makhluk dengan Khaliq.
(3) Segala amal akan diperhitungkan secara saksama dan diberi balasan. Kalau balasan di akhirat maka sudah wajar dan terang. Kadangkala ada juga balasan di dunia. Firman Allah s.w.t.:
"Barangsiapa berbuat kebaikan dari orang lelaki atau perempuan pada hal ia beriman, maka Kami akan hidupkan dia dengan penghidupan yang baik." (An-Nahl : 97)
Dan kepada orang yang berbuat jahat:
"Dan sesungguhnya Kami akan rasakan kepada mereka dari azab yang dekat sebelum azab yang besar semoga mereka kembali." (Al-Sajadah : 21)
detail via --> linkSETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............
Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu.
Jika anda ada satu ilmu Dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...
Lets Feel The Beauty Of Islam
pohon utk bkongsi 10 wasiat imam shafie.
ReplyDelete