Part 2 - Jadikan Rasulullah s.a.w. sebagai imam, pemimpin dan suri teladan
Menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai imam, pemimpin, dan suri teladan selama kita hidup. Selain itu, kita juga perlu berhukum dengan hukumnya dan meneladani segala tingkah laku baginda s.a.w. Mencinta baginda s.a.w. dengan sepenuh hati. Firman Allah s.w.t.:
"Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya" (An-Nisa : 65)
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu, (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (ketibaan) hari qiamat dan dia banyak menyebut Allah" (Al-Ahzab : 21)
Imam Malik bin Anas semasa mengajar kitab Muwattha, tatkala digigit kala jengking hingga sebanyak 13 gigitan, dia tetap tenang hingga selesai mengajar. Kemudian beliau mengusap tempat gigitan dengan anti-toksin. Muridnya bertanya mengapa tidak berhenti mengajar semasa digigit kala jengking. Dia menjawab: "Maha Suci Allah. Saya memberhentikan membaca hadith kekasihku Rasulullah s.a.w. hanya kerana gigitan seekor kala jengking?"
Sa'id bin Musayyib pernah ditanya satu hadith Rasulullah s.a.w. semasa dia sakit teruk, dia meminta didudukkan kerana dia tidak mahu menyebut hadith baginda s.a.w. semasa keadaan baring.
Di sini ingin timbulkan persoalan sikit, khususnya kepada para penuntut ilmu dan para da'ie yang fanatik dan memuji sebahagian ulama dan tokoh. Wajarkah kita kagumi mereka melebihi dari baginda s.a.w.? Relevankah kita mencintai tokoh dan ulama melebihi cinta kepada baginda s.a.w.?
Allah s.w.t. berfirman:
"Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu (janganlah kamu mengatakan Nabi Isa a.s. itu Allah, sebagaimana yang dikatakan oleh orang-orang Nasrani)......" (An-Nisa : 171)
Kita sering merendahkan taraf kita terhadap segolongan manusia yang kita hormati, terutamanya tokoh dan ulama yang kita sanjungi, hinggakan kita sering menyebut nama insan yang dikagumi itu melebihi baginda s.a.w. Kita sepatutnya lebih mengagumi baginda s.a.w. melebihi manusia lain, malangnya kini dunia sudah terbalik.
Menjadikan manusia lain sebagai idola dan sanjungan itu tidak salah, yang jadi salahnya andai kita jadikan mereka yang zalim sebagai idola dan teladan hidup. Lagi punah andainya kita jadikan orang kafir sebagai idola, menyebabkan terhakisnya identiti sebenar kita sebagai seorang Muslim. Apa faedahnya kita sanjungi kepimpinan Ehud Barak sedangkan kita tahu baginda s.a.w. adalah contoh pemimpin ideal? Apa faedahnya kita kagumi puak syiah sedangkan baginda s.a.w. adalah sebaik-baik imam? Apa faedahnya kita jadikan pengetua sekolah kita sebagai teladan hidup andainya baginda s.a.w. sendiri adalah contoh seorang guru? Apa gunanya kita jadikan Mel Gibson sebagai role model sedangkan baginda s.a.w. sendiri merupakan contoh ayah terbaik? Kita semua ada identiti, cuma halatuju identiti kita terpesong, menyebabkan ramai dari kita kehilangan identiti Islam yang murni. Kita mampu mengubahnya selagi hayat masih ada..wallahu'alam
SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............
Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu.
Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...
Sebar2kan, insyaallah kita sama2 dapat barakah.. =)
Lets Feel The Beauty Of Islam
No comments:
Post a Comment