(Hadith Riwayat Muslim)
Isi Penting
Sedekah menggunakan harta
Sedekah jenis ini hanya mampu dilakukan oleh orang yang kaya, dan mereka beruntung dengan mendapat ganjaran pahala yang banyak dari harta yang mereka sedekahkan. Keuntungan pahala seperti ini tidak pernah didapati oleh orang fakir atau miskin kerana ketiadaan harta yang hendak mereka sedekahkan.
Hal ini merunsingkan para sahabat yang tidak mampu bersedekah dengan harta, menyebabkan mereka merasakan rugi untuk mengaut keuntungan pahala di dunia. Sikap ini perlu ada dalam hati setiap insan, supaya kita berebut-rebut mengejar pahala selama hidup di dunia.
Sedekah dengan tidak menggunakan harta
Sedekah bukan harta terbahagi kepada 2:
1) Sedekah seseorang dengan cara mengerjakan kebaikan atau ihsan kepada orang lain. Kadangkala sedekah jenis ini lagi afdal dari sedekah dengan harta. Misalnya, mengajak orang buat kebaikan dan menjauhi kemungkaran, mengajar orang lain ilmu berguna, mengajar membaca Al-Quran, menghilangkan bahaya di tengah jalan, berusaha memanfaatkan orang lain, mencegah sesuatu yang menyusahkan insan lain, dan berdoa memohon keampunan semua umat Islam.
2) Sedekah yang dilakukan kepada dirinya sendiri, iaitu faedah adalah baginya. Misalnya zikir, tasbih, tahmid, tahlil, istiqhfar, baca Al-Quran, berjalan ke masjid. Pahala sedekah jenis ini untuk orang yang melakukannya sahaja. Sabda baginda s.a.w. melalui riwayat Abi Ad Darda:
"Sesungguhnya Alah telah memilih untuk kamu dari perkataan sebanyak empat (macam) dan sekeliannya dari Quran. Iaitu Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha illallah, dan Allahu Akbar."
Dari Ibnu Umar, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa berkata: Subhanallah dan Alhamdulillah dan La ilaha illallah dan Allahu Akbar dituliskan kepadanya bagi tiap-tiap huruf itu sebanyak sepuluh kebaikan."
Pengajaran Hadis
(1) Para sahabat Rasulullah SAW telah menunjukkan suatu teladan yang baik di mana mereka sering berlumba-lumba mahu melakukan kebaikan.
(2) Setiap amalan soleh mempunyai nilaiannya yang tersendiri di sisi Allah SWT dan ia tidak akan dipersia-siakan sama sekali.
(3) Banyak amalan soleh yang boleh dilakukan bagi menambahkan pahala kebajikan seperti bertasbih iaitu mengucap subhanallah, bertakbir iaitu mengucap Allahu akbar, bertahmid iaitu mengucap alhamdulillah, bertahlil iaitu mengucap La ilaha illallah, dan menyuruh orang berbuat ma'aruf dan mencegah kemungkaran. Semuanya diberikan pahala sedekah sehinggakan melakukan hubungan kelaminpun dianggap sedekah seandainya melalui jalan yang halal. Kerana kalau dia berzina, dia dianggap berdosa dan akan menerima azab. Alangkah indahnya ajaran lslam.
(4) Bagi orang-orang kaya yang mempunyai lebihan harta, mereka hendaklah selalu bersedekah, lebih-lebih lagi kalau mereka terlalu sibuk dengan urusan harta sehingga kurang bermasa untuk melakukan amal ibadat sunat yang lain.
(5) Seorang kaya yang suka bersedekah dan rajin pula melakukan ibadat sunat seperti berzikir yang dianjurkan dalam hadis ini, dia sudah tentu akan mendapat ganjaran dan darjat yang lebih tinggi di sisi Allah SWT.
(6) Perlu diingat bahawa setiap amalan perlu niat yang betul. Walaupun 1000 kebaikan dilakukan, tapi bukan dengan niat keranaNya, maka sia-sialah amalan itu. Walaupun hanya 1 kebaikan dilakukan sepenuh hati untuk keredhaanNya, maka itu adalah yang paling bermakna disisiNya. Sabda baginda s.a.w. melalui Sa'ad:
"Sesungguhnya engkau tiada akan membelanjakan akan suatu perbelanjaan yang engkau qasad dengannya akan Allah (ikhlas kepadaNya) melainkan diberi pahala kepada engkau atas perbelanjaan itu, hingga sesuap (makanan) yang engkau angkatkan ke mulut isteri engkau."
detail via --> link
SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............
Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu.
Jika anda ada satu ilmu Dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...
Lets Feel The Beauty Of Islam
No comments:
Post a Comment