Dalil-dalil solat Taubat
“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
“Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Cara-cara
(1) Niat, "Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah ta'ala" (versi arab klik sini)
(2) Rakaat 1st - Baca Al-Fatihah dan surah Al-Kafiruun sebanyak 3x (disunatkan)
*kadang2 surah al-kafirun ni juga leh gantikan baca ayat kursi 3 kali*
(3) Rakaat 2nd - Baca Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas sebanyak 3x (disunatkan)
(4) Masa sujud terakhir, disunatkan baca doa ni - "Tiada Tuhan melainkan Engkau, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak. Maka tiada siapa yang dapat mengampuni dosaku melainkan Engkau. " (versi arab klik sini)
(5) Selepas salam, istighfar sama ada:
a) "Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya" (versi arab klik sini)
b) "Tiada keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi laranganMu) melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Besar" (versi arab klik sini)
c) "Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku" (versi arab klik sini)
(6) Doa; (Versi arab klik sini)
"Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, aku mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, Tuhan yang hidup terus selalu jaga. Aku mohon taubat kepadaNya, selaku taubatnya seorang hamba yang banyak berdosa, yang tidak mempunyai daya upaya untuk berbuat mudarat atau manfaat untuk mati atau hidup mahupun pada Hari Kebangkitan (Hari Akhirat) nanti."
atau
"Ya Allah, Engkaulah Tuhan kami, tiada Tuhan melainkan Engkau yang menciptakan aku, dan akulah hambaMu. Dan akupun dalam ketentuan serta janjiMu sedapat mungkin aku lakukan. Aku mohon berlindung kepadaMu dari segala kejahatan yang telah Engkau ciptakan, aku mengakui nikmatMu yang Engkau limpahkan kepadaku, aku akui dosaku,kerana itu berilah ampunan kepadaku. Tiada yang dapat memberi pengampunan,kecuali hanya Engkau sendiri"
Syarat solat taubat
1. Ikhlas ingin bertaubat
2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
sumber lain : link
*Sebenarnya method solat taubat ni ada banyak, pandai2 la carik sumber lain k. Yang saya bagi ni adalah secara overall. Ada method yang agak 'keras', ada yang terlalu 'lembut', bergantung kepada individu tu bagaimana nak mengabdikan diri kepadaNya. Method tu bukan perkara yang utama, yang penting kita kena berusaha bertaubat setelah melakukan kesalahan, selagi hayat ni masih ada..
Sebar-sebarkan..insyaallah
MAXIMIZE OUR TIME
No comments:
Post a Comment