Part 4 - Tidak Menyimpan Dengki, Benci, Dendam, dan Hasad Kepada Siapa Sahaja
Kita perlu memohon dari Allah s.w.t. supaya dilindungi daripada sifat tercela ini, iaitu orang yang bersifat dengki dan menjadikan dengki itu sebagai salah satu sebab untuk memusuhi saudaranya, kerana mungkin mereka berselisih faham dalam suatu hal yang bersifat kesalahan fahaman sahaja.
Tatkala Rasulullah s.a.w. duduk dalam suatu majlis, tiba-tiba masuk seorang lelaki yang baru sahaja selesai berwudhuk. Sebelum dia masuk, Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Nanti daripada pintu ini akan muncul seorang lelaki yang termasuk penghuni syurga kepada kalian."
Lalu masuklah lelaki ini, lalu dia melakukan sembahyang sunat dua rakaat.
Pada hari ke-2, baginda s.a.w. bersabda perkara yang sama.
Pada hari ke-3, baginda s.a.w. masih bersabda perkara yang sama.
Maka Abdullah bin Umar r.a pun pergi bersama lelaki itu, bertujuan hendak melihat ibadahnya. Setelah diteliti, lelaki itu tidak melakukan puasa sunat ataupun melakukan qiyamullail.
Maka Abdullah bin Umar r.a. pun hairan, lantas bertanya kepada lelaki itu tentang amalannya sehingga mendapat jaminan Syurga dari Rasulullah s.a.w. Jawab lelaki itu :
"Demi Allah, sesungguhnya pada setiap malam, ketika saya tidur, di dalam hatiku tidak terdapat perasaan dengki, benci, dan pengkhianatan kepada salah seorang pun daripada kaum Muslimin."
(Riwayat Ahmad)
Firman Allah s.w.t.:
"Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas dipan-dipan." (Al-Hijr : 47)
Dalam riwayat Imam Ahmad bin Hanbal, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
"Ada 3 golongan manusia yang tidak boleh didengki, iaitu; hati seorang hamba yang beriman dan sentiasa ikhlas dalam beramal, semata-mata hanya kerana Allah dan seseorang yang mahu menasihati para pemimpin umat serta orang yang komitmen terhadap sebuah jamaah Islamiyah (kelompok Islam), kerana doa mereka ini meliputi semua orang yang berada di belakang mereka."
Firman Allah s.w.t.:
"....dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya..." (Al-Hujurat : 12)
SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............
Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu.
Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...
Sebar2kan, insyaallah kita sama2 dapat barakah.. =)
Lets Feel The Beauty Of Islam
No comments:
Post a Comment