Part 10 (last) - Berkata Benar dan Menjauhi Perkataan Yang Batil
Mereka sentiasa berkata benar dan mereka tidak terpengaruh dengan hawa nafsu untuk mengatakan sesuatu yang batil.
Doa baginda s.a.w. melalui riwayat Imam An-Nasa'i:
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon "khassyah" (perasaan takut yang sangat) kepadaMu, baik dalam keadaan ghaib mahupun terang-terangan dan saya memohon perkataan yang benar kepadaMu, baik ketika marah mahupun ketika suka." (Riwayat Ahmad)
Sementara zaman kini, ramai manusia kalau marah kepada saudara, teman atau kekasihnya, dia kerap kali naik pitam oleh hawa nafsunya, sehingga ia mengungkapkan kata-kata yang tidak layak untuk diungkapkan. Hal ini berlaku kerana dikuasai oleh hawa nafsu dan lepas kawalan nafsu tersebut. Kalau dia cinta sama saudaranya, maka dia akan melupakan segala aib dan cacatnya, meskipun kadang-kadang aib itu benar-benar ada.
Firman Allah s.w.t.:
"Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang-orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah." (An-Nisa : 135)
"Telah sempurnalah kalimah Tuhanmu (Al-Quran) sebagai kalimah yang benar dan adil." (Al-An'am : 115)
"....dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa...." (Al-Maidah : 8)
Maksudnya firman Allah s.w.t., "Janganlah kerana kebencianmu kepada manusia membuat kamu untuk tidak berlaku adil terhadap mereka, sehingga kamu berbuat penipuan, bertindak sewenang-wenang dan mengada-ada terhadap mereka dan kamu juga melantik seorang hakim yang zalim kepada mereka, hanya lantaran kamu membenci mereka. Sekali-sekali jangan begitu, tetapi jadilah kamu orang-orang yang adil."
Alhamdulillah akhirnya siap juga 10 kriteria ni. Moga kita sentiasa berusaha mengubah diri kita hingga menjadi seperti para nabi2, wali Allah s.w.t., para syuhada dan mereka yang sentiasa mendapat rahmat dari Allah s.w.t. Yang Maha Agung.
Segala kekurangan adalah dari kelemahan saya sendiri menyampaikan ilmu, segala kebaikan adalah kepada penulis buku ini hasil usaha beliau mengkaji Islam, namun segala-gala yang berlaku itu adalah rahmat dari Allah s.w.t. juga.
Moga kita dilindungiNya dari lembah keburukan, agar sentiasa menjadi Muslim sejati hingga akhir hayat.
Wassalam..
SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............
Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu.
Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...
Lets Feel The Beauty Of Islam
No comments:
Post a Comment