(Hadis riwayat al-lmam Muslim)
Isi penting
1. Kesucian, Lafaz Tahmid dan Tasbih
Kebersihan sebahagian iman
a) pahala pada kebersihan - berganda sehingga separuh pahala iman
b) dikehendaki meninggalkan perkara dosa dan maksiat (an-Nahl: 56)
c) kebersihan yang utama ialah menyucikan diri dengan wudhu’- menghapuskan dosa kecil
d) bersih dari hadas besar dan kecil samada dengan air atau tayammun, dan yang dikehendaki
iman itu ialah solat
e) sesetengah ulama mengatakan bahawa andainya berwudhuk, kemudian solat, maka dia telah melakukan 2 macam kesucian - berwudhuk menyucikan diri, solat menyucikan jiwa
Lafaz Tahmid
a) Lafaz Alhamdulillah sudah mampu memenuhi timbangan, bererti:
- andainya lafaz Alhamdulillah itu dijadikan badan, maka lafaz itu akan memenuhi seluruh badan itu
- hal ini tidak mustahil, kerana setiap amalan kita di dunia nanti akan menyerupai makhluk tatkala hari kiamat
- andainya amalan buruk kita lakukan di dunia, maka kita akan berjumpa dengan amalan tu tatkala hari kiamat, ibarat seorang yang buruk wajahnya, kotor pakaiannya, busuk baunya
b) Lafaz Subhanallah menjelaskan kesucian Allah s.w.t. dan segala sifat kesempurnaanNya.
- digalakkan supaya lafaz subhanallah disusuli dengan lafaz Alhamdulillah, kerana lafaz tahmid melengkapkan lafaz Subhanallah itu dengan sifat Allah s.w.t. yang sempurna
c) Lafaz terbaik ialah 'Subhanallah walhamdulillah'
2. Sembahyang, Sedekah, Sabar
a) Sembahyang merupakan cahaya dan kelepasan hari kiamat
- siapa tidak memeliharanya kerana pengaruh perniagaan, maka dia bersama Ubay
- siapa tidak memeliharanya kerana kerajaannya atau kuasanya, maka dia bersama Firaun
- siapa tidak memeliharanya kerana hartanya, maka dia bersama Qarun
- siapa tidak memeliharanya kerana ketuanya, maka dia bersama Haman
b) Sedekah adalah untuk menguji keimanan
- melalui zakat harta benda atau wang ringgit
- siapa berzakat dengan ikhlas, tandanya sudah kuat imannya
- siapa sedekah dengan rasa berkira walau satu wang ringgit, dan terasa kekurangan wang itu, maka itulah kekurangannya yang dia tidak terasa
c) Sabar itu penyuluh hidup
- sabar yang pertama ialah taat mengerjakan suruhan Allah s.w.t.
- sabar kedua ialah sabar melakukan maksiat, seperti berpuasa untuk elak maksiat
- sabar ketiga ialah sabar atas segala takdir yang menimpa diri
- hadith yang diterangi oleh Saidina Ali r.a.:
"Sesungguhnya sabar atas satu maksiat dituliskan kerananya kepada seorang hamba sebanyak 300 darjat, dan sesungguhnya sabar atas satu ketaatan dituliskan kerananya 600 darjat, dan sesungguhnya sabar (menahan diri) dari segala maksiat dituliskan kepadanya sebanyak 900 darjat."
3. Al-Quran Itu Hujah Bagi Engkau Dan Atas Engkau
a) Al-Quran bertindak sebagai hujah dan dalil untuk menolong seseorang tatkala hari qiamat nanti
b) Al-Quran juga sebagai medium sumber inspirasi, matlamat dan panduan hidup
4. Manusia Menjual Dirinya
a) Menjual dirinya kepada Allah dengan mengerjakan amal
- mereka akan dibebaskan dari sengsara
b) Menjual dirinya kepada syaitan dan hawa nafsu mengikut kehendaknya
- akan menerima kesusahan akhirat
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman diri-diri (jiwa-jiwa) mereka dan harta-harta mereka dengan (balasan) bahawa adalah bagi mereka syurga. (Iaitu hendaklah) mereka berperang pada jalan Allah lalu mereka membunuh dan terbunuh, sebagai satu perjanjian yang benar dalam Taurat dan Injil dan Al-Quran. Kerana bukanlah tidak ada yang menyempurnakan dengan janjiNya lebih daripada Allah? Kerana itu bergembiralah dengan perjanjian kamu yang kamu janjikan kepadaNya. Kerana yang demikian, ialah kemenangan yang besar." (At-Taubah : 111)
Pengajaran hadis
(1) lslam amat menitikberatkan soal kebersihan, sehingga menganggapnya sebahagian daripada lman.
(2) Semua amalan soleh merupakan kebaikan dan keindahan bagi seorang mukmin dan mempunyai
nilai yang tinggi. Ada amalan yang menjadi hujah baginya, ada yang menjadi cahaya baginya, ada yang
menjadi pemberat mizannya dan sebagainya.
(3) Setiap manusia dalam kegiatan hariannya mendedahkan dirinya sama ada kepada kebaikan atau
kecelakaan. Ada yang menjual dirinya kepada Allah, lalu beroleh kebaikan dan kejayaan dan pula ada
yang menjual dirinya kepada syaitan lalu beroleh kecelakaan.
(4) Kepentingan menyucikan diri dan jiwa, serta ganjaran lafaz Tahmid.
(5) Kepentingan solat, sedekah, dan sabar.
(6) Konsep menjual diri selama hidup.
detail via --> link
SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............
Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu.
Jika anda ada satu ilmu Dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...
Sebar2kan, kita sama2 dapat barakah kehidupan.. =)
Lets Feel The Beauty Of Islam
No comments:
Post a Comment