(Hadis riwayat al-lmam Muslim)
Isi penting
1) Yang bertanya ialah : Nu’man bin Qauqal(sahabat) - menyertai perang Badar/syahid dalam perang Uhud. Keimanannya terhadap syurga dan apa yang dijanjikan oleh Allah telah mendorong beliau untuk bertanya Nabi tentang hadis ini.
2) Menunaikan Solat Fardhu :
- wajib berjamaah di masjid - pendapat kebanyakan sahabat/ tidak ada sahabat yang khilaf.
- solat yang paling dicuaikan oleh orang munafiq (Isyak dan Subuh) - kalau mereka tahu fadhilatnya nescaya mereka akan usha untuk mendapatkannya, walaupun dalam keadaan merangkak.
3) Wajib puasa Ramadhan
4) Yakin - mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah - hukumnya kufur.
5) Yakin - menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah - hukumnya kufur.
Bentuk-bentuk haram dita’birkan dengan nama yang berlainan:
Antaranya maksiat, dosa, khotar dll. Didatangkan dalam bentuk :
i) Larangan (nahyu) - misal:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Hujuraat : 12)
ii) Janji buruk ke atas pembuat (wa’iid) :
"Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya." (Ali Imran : 77)
iii) Lafaz tahrim -
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." (An-Nisaa’ : 23)
Penghalalan dan pengharaman adalah hak Allah - dia yang mengetahui apa yang baik bagi manusia di dunia dan di akhirat - sesiapa yang menceroboh haknya akan diazab.
Pengajaran hadis
(1) Hadis menerangkan betapa apabila seorang mukmin benar-benar menunaikan segala tanggungjawab agama yang fardhu dengan sempurna, menghalalkan perkara yang halal dan mengharamkan perkara yang haram, dia akan masuk syurga walaupun dia tidak melakukan amalan-amalan sunat yang lain. lni adalah kemurahan dan rahmat Allah SWT terhadap hamba-hambaNya.
(2) Hanya melaksanakan amalan fardhu tanpa yang sunat di sini ertinya melakukannya dengan sempurna tanpa cacat, tanpa meninggalkannya atau mencuaikannya.
(3) Menghalalkan perkara yang halal dan mengharamkan perkara yang haram bukan hanya dengan lidah tetapi hendaklah secara praktik, iaitu dengan mengerjakan apa yang halal kalau dia mahu dan menjauhkan segala perkara yang haram.
detail via --> link
SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............
Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu.
Jika anda ada satu ilmu Dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...
Sebar2kan, kita sama2 dapat barakah Ramadhan.. =)
Lets Feel The Beauty Of Islam
No comments:
Post a Comment