Part 1 - Ikhlas Dalam Beramal
Mengikhlaskan segala amalan kerana Allah s.w.t. Amat celaka dan rugilah mereka yang beramal kerana perkara selain Allah s.w.t. Kita juga hendaklah sentiasa memohon perlindungan daripadaNya dari sifat munafiq, riak (ingin dilihat orang lain), dan sum'ah (ingin didengar orang lain). Firman Allah s.w.t.:
"Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelumnya. Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), nescaya akan hapuslah amalanmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang rugi. Kerana itu, maka hendaklah Allah sahaja kamu sembah dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur." (Az-Zumar : 65-66)
Baginda s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa beramal kerana ingin dilihat orang, maka Allah akan membuka aibnya (pada hari Kiamat) kerananya. Dan barangsiapa beramal kerana sum'ah, nescaya Allah akan menunjukkan sum'ahnya itu (kepada manusia)" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Setiap amalan tidak bernilai andainya hanya untuk tatapan manusia. Segala amalan hanya akan suci andainya dilakukan dengan ikhlas.
"Ikhlas ini sangat sukar dilihat, ibarat seekor semut hitam, di atas batu hitam, di kala malam hari, ketika tiada bulan purnama"
"Ikhlas ni amat halus, umpama tangan kanan memberi sedekah, namun tangan kiri pun tidak perasan akan sedekah itu"
2 pernyataan di atas jelas menunjukkan betapa sukarnya nak mengesan tahap keikhlasan amal seseorang. Secara empiriknya memang kita boleh kata segala amal bermula dengan niat, namun secara praktikalnya apakah amalan kita tu murni? Hanya Dia yang tahu apa yang tersirat untuk setiap amalan kita.
Kualiti sesuatu amal merujuk kepada tahap keikhlasan amalan tu. Allah s.w.t. berfirman:
"Ingatlah, hanya kepunyaan Allahlah agama yang bersih (daripada syirik)...." (Az-Zumar : 3)
"Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya...." (Al-Bayyinah : 5)
So, marilah kita ikhlaskan hati kita dalam beramal, semata-mata ingin mendapatkan redha Allah s.w.t.
Ada satu kisah, seorang ulama, Abul Faraj Ibnul Jauzi, tatkala ingin memberi ceramah kepada manusia, beliau membenamkan mukanya di tanah, menangis seraya berkata, "Wahai Tuhanku, hapuslah kesalahanku dan terimalah amalku."
Satu kisah lagi, seorang ulama, Ibrahim An-Nakha'i apabila duduk bersama lebih daripada 4 orang, dia akan berdiri dan meninggalkan kumpulan seraya berkata, "Saya takut, kalau-kalau ramai orang mengerumuni saya."
Lihatlah betapa indahnya peribadi tokoh2 silam dalam beramal. Memang tak dapat dinafikan bahawa mereka adalah golongan ulama, dan amat jauh sekali tahap iman dan ibadat mereka jika dibandingkan dengan kita. Tapi, andainya para ulama pun kita taknak cuba contohi, siapa lagi tauladan kita selepas Rasulullah s.a.w.?
Fitrah manusia memang mahukan penghargaan. Tidak salah mahukan penghargaan, namun jadi salahnya andai penghargaan itu melampaui hak manusia, ibarat kita menyembah manusia itu hingga lupa bahawa segala yang berlaku adalah dariNya juga. Selain itu, tidak relevanlah andainya kita menghargai mereka yang hanya ber'amal' ke arah kemungkaran. Islam sendiri telah menggariskan maksud amal itu sendiri. Pilihan terletak pada diri kita sendiri, mahu menyelongkar segala khazanah Islam ataupun biarkan je khazanah itu terbiar ditelan zaman. Kita semua hanyalah hambaNya yang hina, dan kepadaNya jualah kita mengharap segala penghargaan yang mutlak..wallahu'alam...
SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............
Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu.
Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...
Sebar2kan, insyaallah kita sama2 dapat barakah.. =)
Lets Feel The Beauty Of Islam
No comments:
Post a Comment