Part 3 - Mencintai dan Membenci Semata-mata Kerana Allah s.w.t.
Sesungguhnya para wali Allah akan mencintai sekelompok manusia kerana dekatnya mereka dengan Allah, dan membenci sekelompok manusia lain, kerana jauhnya mereka dengan Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t.:
"Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, RasulNya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah)" (Al-Maidah : 55)
Dalam satu hadith baginda s.a.w., riwayat Imam Abu Daud:
"Barangsiapa yang cinta kerana Allah, benci kerana Allah, memberi kerana Allah dan tidak memberi juga kerana Allah, maka sungguh keimanannya sudah sempurna."
Mereka tidak mencintai seseorang hanya kerana faktor nasab atau keturunan, atau kerana kecemerlangan dan hubungan baik kerabat atau kerana selera atau kerana sesuatu visi atau hanya di bawah satu naungan persahabatan.
Imam Asy-Syafi'i dan Imam Ahmad saling mencintai kerana Allah s.w.t. Suatu ketika Imam Asy-Syafi'i ditanya:
"Wahai tuan guru, bagaimana mungkin tuan guru mengunjungi Imam Ahmad bin Hanbal, sementara dia lebih muda daripada tuan?"
Jawab Imam Syafi'i:
"Mereka mengatakan Ahmad bin Hanbal mengunjungimu dan kamu juga mengunjunginya"
Jawapan anak didik Imam Syafi'i kembali:
"Keutamaan-keutamaan itu tidak pernah meninggalkan kedudukannya. Kalau dia mengunjungiku, maka itu kerana keutamaannya dan kalau saya mengunjunginya, itu juga kerana keutamaannya, dalam dua kedudukan tersebut, keutamaan ada padanya."
Imam Syafi'i pernah berkata:
"Saya mencintai orang-orang shalih, sementara saya sedar bahawa, saya tidak termasuk dalam golongan mereka, mudah-mudahan dengan begitu saya memperolehi syafaat (pertolongan) kerana mereka. Dan saya sangat benci kepada orang yang perdagangannya (perbuatannya) selalu dalam kemaksiatan dan dosa, meskipun barang dagangan kami sangat buruk."
Firman Allah s.w.t.:
"Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa." (Az-Zukhruf : 67)
Bagaimana mungkin kita mencintai Allah dan dalam masa yang sama kita juga mencintai musuh-musuhNya? Bagaimana cinta ini boleh menjadi satu hati? Demi Allah, sesungguhnya orang yang mencintai Allah, akan mencintai kekasihNya dan membenci musuh-musuhNya.
Imam Hanbal berkata:
"Sesungguhnya saya sangat seronok dan gembira melihat orang tua yang janggutnya sangat lebat, kerana dia telah menghidupkan dan mengamalkan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w."
Imam Hanbal sangat mencintai seseorang hanya kerana dia menghidupkan satu sunnah baginda s.a.w. Bagaimana pula orang yang solat fardhu 5 waktu, berpuasa di bulan ramadhan, dan membela Rasulullah s.a.w. serta mencintai sunnah baginda s.a.w. tercinta?
SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............
Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu.
Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...
Sebar2kan, insyaallah kita sama2 dapat barakah.. =)
Lets Feel The Beauty Of Islam
No comments:
Post a Comment