Ibadah dalam Islam merupakan kemuncak kepatuhan dan kerendahan kepada Allah s.w.t. dan menunjukkan betapa kita merasai keagunganNya. (Surah Adz-Zariyat : 56-58)
1- Memastikan ibadah mempunyai hubungan dengan Tuhan disembah – keihsanan dalam ibadah.
2- Melakukan ibadah dengan khusyuk sehingga dapat merasai kelazatan dan kemanisan ibadah itu serta memberi kekuatan untuk berterusan mengerjakan ibadah.
3- Mestilah beribadah dalam keadaan hati merasai kehadiran Allah s.w.t., membuang dan melupakan segala kesibukan urusan dunia.
4- Beribadah dengan rasa bahawa ingin meningkatkan ibadah itu, tidak merasa cukup dan tidak kenyang – sentiasa menghampirkan diri kepada Allah s.w.t.
5- Mengambil berat ibadah qiamuallail serta melatih diri melakukannya sehingga menjadi kebiasaan – ibadah qiamullail sumber kekuatan memantapkan iman.
6- Meluangkan masa membaca Al-Quran dengan merenungi maksud dan pengajarannya.
7- Menjadikan doa sebagai perantaraan dengan Allah s.w.t. dalam setiap urusan hidup kerana doa adalah otak sebagal ibadah – memilih doa yang ma’thur yang diajar Rasulullah s.a.w.
Solat jamak dan qasar
PENGERTIAN
Jamak - Menghimpunkan dua solat dalam satu waktu. Ia terbahagi kepada dua, iaitu jamak takdim dan jamak takkhir.
Qasar - Memendekkan rakaat solat bagi solat fardhu empat rakaat sahaja menjadi dua rakaat. (4 rakaat zuhur diqasarkan menjadi 2 rakaat,4 rakaat asar diqasarkan menjadi 2 rakaat, 4 rakaat isyak diqasarkan menjadi 2 rakaat)
PEMBAHAGIAN JAMAK
Jamak Takdim :
Melakukan solat zuhur dan zsar pada waktu zuhur.
Melakukan solat maghrib dan isyak pada waktu pada waktu maghrib.
Jamak Takkhir :
Melakukan solat zuhur dan asar pada waktu asar.
Melakukan solat maghrib dan isyak pada waktu isyak.
JAMAK MUSAFIR
Sesiapa yang dibenarkan mengqasar solat, iaitu musafir sudah tentu harus baginya menjamakkan solat. Tetapi, ia tidak boleh dijadikan suatu kelaziman dan bukannya satu kemestian.
JAMAK BERMUKIM
Jamak ketika bermukim dibolehkan atas beberapa sebab yang telah ditetapkan oleh syarak seperti hujan yang lebat, ketakutan atau sakit. Oleh itu, sesiapa yang menghadapi situasi ini boleh menjamakkan solat.
JAMAK DENGAN SATU KALI AZAN DAN DUA KALI IQAMAH
Nabi s.a.w telah menunaikan solat jamak antara maghrib dan isyak di Muzdalifah dengan sekali azan dan dua kali iqamah antara kedua-duanya serta tidak diselangi dengan solat sunat atau apa-apa pun antara kedua-duanya.
JARAK DIBENARKAN
Ulama berbeza pendapat mengenai perkara ini. Sebahagian berpendapat, jika musafir telah mencapai jarak perjalan yang telah ditetapkan, dia harus mengqasarkan solat dan berbuka puasa. Kebanyakan ulama berpendapat bahawa jarak unutk mengqasarka solat ialah 48 batu.
TEMPOH MASA
Mazhab Malik dan Syafie berpendapat apabila musafir ingin menetap selama 4 hari, dia hendaklah mengerjakan solat secara sempurna, iaitu 4 rakaat.
SYARAT
Menurut kebanyakan ulama, orang yang bermusafir boleh mengqasar dan jamak solat setelah keluar dari kampung atau daerahnya. Ini kerana Nabi s.a.w tidak pernah mengqasar solat kecuali selepas baginda keluar dari Madinah. Sebahagian salaf berpendapat bahawa sesiapa yang telah berniat untuk bermusafir, dia harus mengqasarkan solat di rumahnya.
SOLAT DI MASJID KETIKA MUSAFIR
Dalam hal ini, tidak ada dalil yang mengkhususkan orang yang musafir boleh solat sendirian di rumah kecuali atas sebab tertentu seperti memerlukan rehat atau ingin segera solat dan terus tidur. Selagi musafir masih dalam perjalanan, dia boleh solat sendirian, qasar dan jamak,. Jika dia telah tiba di kampungnya, sepatutnya dia tidak boleh mengerjakan solat sendirian. Bahkan, dia wajib mengerjakan solat berjemaah tanpa qasar.
HUKUM MUSAFIR SOLAT BERIMAMKAN ORANG BERMUKIM
Musafir boleh solat dibelakang orang yang bermukim. Jika orang yang bermusafir tidak sempat mendapat rakaat bersama imam yang bermukim, dia boleh mengqasarkan baki solat. Manakala apabila dia sempat mendapat satu rakaat atau lebih, dia wajib mengerjakan solat dengan sempurna. Pendapat yang terpilih, musafir tidak perlu mengikuti solat imam jika masih berada di luar masjid. Setelah imam ratib selesai mengerjakan solat, musafir boleh masuk ke masjid unutk melakukan solat qasar atau jamak. Namun, jika musafir telah masuk ke dalam masjid, dia hendaklah mengerjakan solat secara sempurna dengan imam kerana menyahut seruan yang sempurna.
Kembara minda menambahkan ilmu..
"Ke arah Mahasiswa Islam yang proaktif"
No comments:
Post a Comment