Recent Hadith
"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."
(HR Bukhari & Muslim)
Recent Quran
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik." (Ali-Imran : 110)
Value Of Time
To realize the value of 10 YEARS.....ask a newly divorced couple
To realize the value of 4 YEARS.....ask a graduate
To realize the value of 1 YEAR.....ask a student who failed a grade
To realize the value of 1 MONTH.....ask a mother who has given birth to a premature baby
To realize the value of 1 WEEK.....ask an editor of a weekly newspaper
To realize the value of 1 HOUR.....ask those who are in love who are waiting to meet
To realize the value of 1 MINUTE.....ask the person who has missed the train, bus or plane
To realize the value of 1 SECOND.....ask a person who has survived an accident
To realize the value of 1 MILISECOND.....ask the person who has won a silver medal in the Olympics
To realize the value of A SISTER.....ask someone who doesn't have one
To realize the value of A FRIEND.....lose one
||| Time waits for no one...Yesterday in history.....Tomorrow still mystery.....Today is a gift |||
Treasure every moment we have with goodness...By the declining day, Verily Man is in loss, Save those who believe and do good works, and exhort one another to truth and exhort one another to endurance (Al-Asr 1-3)
Saya mesti Muslim sudut IBADAH
Ibadah dalam Islam merupakan kemuncak kepatuhan dan kerendahan kepada Allah s.w.t. dan menunjukkan betapa kita merasai keagunganNya. (Surah Adz-Zariyat : 56-58). Untuk mencapai kemanisan ibadah, kita digalakkan untuk beribadah dengan 7 kaedah:
1- Memastikan ibadah mempunyai hubungan dengan Tuhan disembah – keihsanan dalam ibadah.
2- Melakukan ibadah dengan khusyuk sehingga dapat merasai kelazatan dan kemanisan ibadah itu serta memberi kekuatan untuk berterusan mengerjakan ibadah.
3- Mestilah beribadah dalam keadaan hati merasai kehadiran Allah s.w.t., membuang dan melupakan segala kesibukan urusan dunia.
4- Beribadah dengan rasa bahawa ingin meningkatkan ibadah itu, tidak merasa cukup dan tidak kenyang – sentiasa menghampirkan diri kepada Allah s.w.t.
5- Mengambil berat ibadah qiamuallail serta melatih diri melakukannya sehingga menjadi kebiasaan – ibadah qiamullail sumber kekuatan memantapkan iman.
6- Meluangkan masa membaca Al-Quran dengan merenungi maksud dan pengajarannya.
7- Menjadikan doa sebagai perantaraan dengan Allah s.w.t. dalam setiap urusan hidup kerana doa adalah otak sebagal ibadah – memilih doa yang ma’thur yang diajar Rasulullah s.a.w.
Solat jamak dan qasar
PENGERTIAN
Jamak - Menghimpunkan dua solat dalam satu waktu. Ia terbahagi kepada dua, iaitu jamak takdim dan jamak takkhir.
Qasar - Memendekkan rakaat solat bagi solat fardhu empat rakaat sahaja menjadi dua rakaat. (4 rakaat zuhur diqasarkan menjadi 2 rakaat,4 rakaat asar diqasarkan menjadi 2 rakaat, 4 rakaat isyak diqasarkan menjadi 2 rakaat)
PEMBAHAGIAN JAMAK
Jamak Takdim :
Melakukan solat zuhur dan zsar pada waktu zuhur.
Melakukan solat maghrib dan isyak pada waktu pada waktu maghrib.
Jamak Takkhir :
Melakukan solat zuhur dan asar pada waktu asar.
Melakukan solat maghrib dan isyak pada waktu isyak.
JAMAK MUSAFIR
Sesiapa yang dibenarkan mengqasar solat, iaitu musafir sudah tentu harus baginya menjamakkan solat. Tetapi, ia tidak boleh dijadikan suatu kelaziman dan bukannya satu kemestian.
JAMAK BERMUKIM
Jamak ketika bermukim dibolehkan atas beberapa sebab yang telah ditetapkan oleh syarak seperti hujan yang lebat, ketakutan atau sakit. Oleh itu, sesiapa yang menghadapi situasi ini boleh menjamakkan solat.
JAMAK DENGAN SATU KALI AZAN DAN DUA KALI IQAMAH
Nabi s.a.w telah menunaikan solat jamak antara maghrib dan isyak di Muzdalifah dengan sekali azan dan dua kali iqamah antara kedua-duanya serta tidak diselangi dengan solat sunat atau apa-apa pun antara kedua-duanya.
JARAK DIBENARKAN
Ulama berbeza pendapat mengenai perkara ini. Sebahagian berpendapat, jika musafir telah mencapai jarak perjalan yang telah ditetapkan, dia harus mengqasarkan solat dan berbuka puasa. Kebanyakan ulama berpendapat bahawa jarak unutk mengqasarka solat ialah 48 batu.
TEMPOH MASA
Mazhab Malik dan Syafie berpendapat apabila musafir ingin menetap selama 4 hari, dia hendaklah mengerjakan solat secara sempurna, iaitu 4 rakaat.
SYARAT
Menurut kebanyakan ulama, orang yang bermusafir boleh mengqasar dan jamak solat setelah keluar dari kampung atau daerahnya. Ini kerana Nabi s.a.w tidak pernah mengqasar solat kecuali selepas baginda keluar dari Madinah. Sebahagian salaf berpendapat bahawa sesiapa yang telah berniat untuk bermusafir, dia harus mengqasarkan solat di rumahnya.
SOLAT DI MASJID KETIKA MUSAFIR
Dalam hal ini, tidak ada dalil yang mengkhususkan orang yang musafir boleh solat sendirian di rumah kecuali atas sebab tertentu seperti memerlukan rehat atau ingin segera solat dan terus tidur. Selagi musafir masih dalam perjalanan, dia boleh solat sendirian, qasar dan jamak,. Jika dia telah tiba di kampungnya, sepatutnya dia tidak boleh mengerjakan solat sendirian. Bahkan, dia wajib mengerjakan solat berjemaah tanpa qasar.
HUKUM MUSAFIR SOLAT BERIMAMKAN ORANG BERMUKIM
Musafir boleh solat dibelakang orang yang bermukim. Jika orang yang bermusafir tidak sempat mendapat rakaat bersama imam yang bermukim, dia boleh mengqasarkan baki solat. Manakala apabila dia sempat mendapat satu rakaat atau lebih, dia wajib mengerjakan solat dengan sempurna. Pendapat yang terpilih, musafir tidak perlu mengikuti solat imam jika masih berada di luar masjid. Setelah imam ratib selesai mengerjakan solat, musafir boleh masuk ke masjid unutk melakukan solat qasar atau jamak. Namun, jika musafir telah masuk ke dalam masjid, dia hendaklah mengerjakan solat secara sempurna dengan imam kerana menyahut seruan yang sempurna.
Kembara minda menambahkan ilmu..
"Ke arah Mahasiswa Islam yang proaktif"
Saya mesti Muslim sudut aqidah
1) Pencipta alam ini adalah Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Berkuasa, Maha Mengetahui serta tidak memerlukan pertolongan sesiapa pun
2) Tuhan Maha Mulia tidak mencipta segala kejadian alam secara sia-sia tanpa apa-apa tujuan. Setiap penciptaan ada hikmah di sebalik kejadian
3) Allah s.w.t. telah mengutuskan Rasul-rasul dan diturunkan mereka kitab-kitab untuk mengajar manusia supaya mengenal Allah s.w.t. dan memahami matlamat kejadian mereka, mengetahui asal usul mereka dan ke mana mereka kembali
4) Matlamat kewujudan insan ialah mengenali Allah s.w.t. seperti mana Allah s.w.t. menjelaskannya – memberi penuh ketaatan kepadaNya dan mengabdikan diri kepadaNya
5) Ganjaran bagi orang mukmin yang taat kepada Allah s.w.t. ialah syurga, manakala balasan neraka kepada mereka yang sebaliknya
6) Sekalian manusia melakukan kebaikan dan kejahatan dengan pilihan dan kehendak mereka sendiri. Namun tidak mungkin dapat dilakukan tanpa taufiq dan inayah dari Allah s.w.t.
7) Urusan penciptaan undang-undang adalah hak mutlak Allah s.w.t. Tidak harus manusia mendahului atau membelakanginya. Apa yang boleh ialah orang mukmin berijtihad mengeluarkan hukum dari nas syarak dalam batasan diizinkan
8) Mengetahui nama-nama dan sifat-sifat Allah s.w.t. yang layak bagi kemuliaanNya
9) Merenungi kehebatan kejadian-kejadian Allah s.w.t., bukan memikirkan tentang zatNya sebagai mengikuti dan mentaati perintah Rasulullah s.a.w.
10) Terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran membuktikan kesempurnaan sifat-sifat ketuhananNya
11) Pendapat dan pandangan para salaf adalah lebih utama untuk diikuti supaya dapat menyelesaikan perbahasan tentang penta’wilan dan penta’hilan sesetengah ayat suci al-Quran, iaitu membiarkan sebahagian dari sifat-sifat Allah s.w.t. di dalam al-Quran dengan menyerahkan hakikat sebenar mengenai maknanya kepada Allah s.w.t. sahaja
12) Mesti mengabdikan diri hanya kepada Allah s.w.t. semata-mata tidak menyekutukan dengan yang lain – menyahut seruan Allah s.w.t. dan RasulNya dan menyeru manusia supaya mengabdikan diri hanya kepada Allah s.w.t. semata-mata
13) Hanya takut kepadaNya dan tidak takut kepada yang lain
14) Sentiasa mengingati Allah s.w.t. dan berzikir menyebut namaNya dan diam saya itu adalah kerana berzikir dan apabila bercakap adalah kerana berzikir
15) Menyintai Allah s.w.t. dengan sebenar-benar cinta – sentiasa rindukan Allah s.w.t. dan cintakan makhluk hanya kerana Allah s.w.t. Cinta sesama makhluk untuk bersama-sama ke arah Syurga
16) Bertawakkal sepenuhnya kepada Allah s.w.t. dalam setiap keadaan dan menyandarkan setiap urusan kepadaNya
17) Mensyukuri nikmat-nikmatnya ke atas diri yang merupakan kurniaan dan rahmat yang tidak terhitung jumlahnya
18) Sentiasa beristighfar memohon keampunan kepada Allah s.w.t. untuk memebrsihkan diri dari dosa di samping memperbaharui taubat dan iman
19) Sentiasa bermuraqabah (merasai di bawah pengawasan) dengan Allah s.w.t. walau di mana sahaja berada
detail pasal akidah
11 perkara mencemari kemurnian tauhid karangan Ustaz Hafiz Firdaus Abdullah:
1- Menggelar alam sebagai alam semulajadi – sepatutnya alam ciptaanNya, alam tidak terjadi secara tiba-tiba, ada kuasa lagi Agung mengindahkan alam ni detail
2- Menganggap makhluk wujud melalui evolusi – teori Darwin detail
3- Menganggap kesatuan wujud antara Allah dan makhluk – teori Wahdah al-Wujud, menyatukan segala-galanya dengan Allah s.w.t., mengibaratkan semua yang tercipta ni adalah sebahagian dari Allah s.w.t. detail
4- Berjumpa bomoh atau mendapatkan bantuan jin detail
5- Membaca horoscopes – atau ramalan lain seperti palm reading, bebola kristal dan berkaitan ramalan nasib seseorang, atau ramalan masa hadapan detail
6- Mempercayai sesuatu perkara yang berlaku dapat membawa nasib baik atau buruk – seperti kaum Melayu, apabila gelas pecah menandakan nasib buruk akan berlaku dsb detail
7- Menggunakan tangkal & azimat – segala jenis tangkal adalah HARAM walaupun dijampi zikir atau ayat-ayat al-Quran kerana menggugat keyakinan kepadaNya detail
8- Jampi yang tidak difahami – sekalipun ada jampi yang difahami, namun sikap terbaik untuk selamat adalah tidak menerima sebarang jampi kecuali yang diajar Baginda s.a.w. yang SAHIH detail
9- Mengharapkan pengaruh makhluk dalam berdoa detail
10- Mengubah syariat Allah s.w.t. – fahaman liberal & pengubahan syariat Allah yang lain detail
11- Mencintai sesuatu sama atau lebih daripada Allah s.w.t. – cintakan makhluk adalah selepas cintakan Allah s.w.t., dan cintakan makhluk adalah dengan niat untuk ke Syurga bersama-sama, cintakan keluarga, cintakan saudara adalah ke arah Syurga, bukan sebaliknya detail
Related links:
Cinta banyak segi
Kisah Nabi Khidir yang mengetahui ilmu ghaib
Adab berdoa
Syirik?
Liberalism
Medium liberalisma
Kembara minda menambahkan ilmu..
"Ke arah Mahasiswa Islam yang proaktif"