Recent Hadith

"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."

(HR Bukhari & Muslim)

Recent Quran

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik." (Ali-Imran : 110)

Value Of Time

To realize the value of 10 YEARS.....ask a newly divorced couple
To realize the value of 4 YEARS.....ask a graduate
To realize the value of 1 YEAR.....ask a student who failed a grade
To realize the value of 1 MONTH.....ask a mother who has given birth to a premature baby
To realize the value of 1 WEEK.....ask an editor of a weekly newspaper
To realize the value of 1 HOUR.....ask those who are in love who are waiting to meet
To realize the value of 1 MINUTE.....ask the person who has missed the train, bus or plane
To realize the value of 1 SECOND.....ask a person who has survived an accident
To realize the value of 1 MILISECOND.....ask the person who has won a silver medal in the Olympics
To realize the value of A SISTER.....ask someone who doesn't have one
To realize the value of A FRIEND.....lose one

||| Time waits for no one...Yesterday in history.....Tomorrow still mystery.....Today is a gift |||

Treasure every moment we have with goodness...By the declining day, Verily Man is in loss, Save those who believe and do good works, and exhort one another to truth and exhort one another to endurance (Al-Asr 1-3)

Sharing With Time




Sesungguhnya jika Allah SWT mencintai hambaNya maka Dia akan tenggelamkan hambaNya itu dalam dugaan dan ujian. Barangsiapa yang tidak pernah mengalamai musibah maka ia jauh daripada kasih sayang dan rahmatNya. Mana tahu yang diam itu kerana zikir kepada Allah, mana tahu yang senyum itu kerana sedekah, mana tahu yang sedih itu kerana mengenangkan dosa dan mana tahu yang ceria itu kerana bersih hati dan mindanya. Pahit manis dalam memikul tanggungjawab dan amanah Allah ini terkadang memberi jalan untuk mendapat kemanisan yang tiada terhingga...walaupun yang datang, air mata sering bertandang...

.::4 Perkara yang didapati melalui 4 perkara::.
1 IMAN akan terhasil melalui dakwah
2 ILMU terhasil melalui taklim
3 AMAL terhasil melalui ibadah
4 AKHLAK terhasil melalui khidmat

.::24 Jenis Orang::.
1 Orang sombong adalah yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu
2 Orang yang mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Al-Quran, hadis dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan dalam jiwa untuk bertaubat
3 Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya
4 Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika dia didalam kemarahan
5 Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu
6 Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w.
7 Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti kebesaran al-Quran dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya
8 Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya
9 Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
10 Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata, Inna lillahi wainna illahi rajiuun
11 Orang yang menangis air mata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya alu mengalir air matanya
12 Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini
13 Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukan harta
14 Orang yang pandai adalah orang yang bersiap-sedia untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi
15 Orang yang bodoh adalah orang yang beria-ia berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan
16 Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang sentiasa mempertingkat ilmu agamanya
17 Orang yang mundur hidupnya adalah orang yang tidak mempedulikan akan halal dan haramnya sesuatu perkara itu
18 Orang yang gila itu adalah orang yang tidak solat walaupun mampu
19 Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan
20 Orang yang selalu ditipu adalah orang muda yang yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua
21 Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik
22 Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan dimana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang
23 Orang yang mempunyai rumah yang paling sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya
24 Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka

.::10 Perangkap Syaitan::.
1 Melalui sifat bohong dan angkuh
2 Melalui sifat bakhil dan kedekut
3 Melalui sifat takbur dan bongkak
4 Sifat khianat
5 Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat
6 Melalui sifat hasad
7 Melalui sifat suka meremehkan orang lain
8 Melalui sifat ujub atau bangga diri
9 Melalui sifat suka berangan-angan
10 Melalui sifat buruk sangka

.::6 Perkara Imam Ghazali::.
1 Mati adalah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini
2 Masa lalu adalah yang paling jauh dari kita di dunia ini
3 Hawa Nafsu adalah yang paling besar didunia ini
4 Memegang Amanah adalah yang paling berat didunia
5 Meninggalkan Solat adalah yang paling ringan di dunia ini
6 Lidah Manusia adalah yang paling tajam sekali didunia ini

.::10 Tanda Hati Mati::.
1 Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hakNya
2 Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda
3 Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya
4 Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya
5 Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya
6 Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
7 Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya
8 Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya
9 Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri
10 Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya

.::Nabi SAW bersabda::.
1 Sifat malu dari lelaki adalah baik, tetapi dari PEREMPUAN adalah lebih baik
2 Adil dari setiap orang adalah baik, tetapi dari PEMIMPIN adalah lebih baik
3 Bertaubat dari orang tua adalah baik, tetapi dari orang MUDA adalah lebih baik
4 Derma dan sedekah dari orang kaya adalah baik, tetapi dari orang FAKIR adalah lebih baik

.::Tips Mencari Penasihat Diri::.
1 Mintalah dari orang yang murah hati - akan jadi seorang yang pemurah, tidak meminta balasan
2 Mintalah daripada orang yang berani - akan menguatkan azam dan semangat kita
3 Jangan minta daripada orang yang rakus - dia akan mendorong kita kepada sifat tamak
4 Pilihlah penasihat daripada kalangan penasihat kepada kerajaan yang adil
5 Utamakan penasihat yang cekal dengan kebenaran
6 Utamakan penasihat yang takut kepada Allah, orang yang baik-baik, zahir dan batin
7 Carilah penasihat yang berilmu dan bijaksana, supaya kita tidak bergerak atas emosi

.::Adab sebelum tidur::.
1 Bersugi
2 Bersuci
3 Berwuduk
4 Niat bertahajjud
5 Bertaubat

.::40 Nasihat Saidina Ali::.
1 Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.
2 Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.
3 Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah hanya sekeping daging
4 Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.
5 Jagailah ibubapamu, nescaya anak anakmu akan menjagai kamu.
6 Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah s.w.t.
7 Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang lebih terpencil daripada seseorang bakhil
8 Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih baik dari kejahatan
9 Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangkan ilmu menjaga kamu
10 Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan solat
11 Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam
12 Mengajar adalah belajar
13 Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan
14 Insan terbahagi kepada 3 : mereka yang mengenal Allah , mereka yang mencari kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran. Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing
15 Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu’ dan lemah
16 Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah
17 Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari kesilapan orang lain
18 Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya
19 Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun apabila ia mati
20 Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia rahsia kebenaran itu
21 Allah s.w.t merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batasnya
22 Sifat seseorang itu tersembunyi disebalik lidahnya
23 Seseorang yang membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta.
24 Insan tidur diatas kematian anaknya tetapi tidak tidur diatas kehilangan hartanya
25 Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya
26 Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat
27 Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran
28 Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba
29 Orang yang dengki, marah kepada orang yang tidak berdosa
30 Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan
31 Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan
32 Seorang akan mendapat teladan diatas apa yang ia lihat
33 Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar
34 Kejahatan itu mengumpulkan kecelakaan yang memalukan
35 Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah
36 Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang dikatakannya
37 Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura pura
38 Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan
39 Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya
40 Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi

.::ORANG BAHAGIA::.
menyediakan waktu untuk MEMBACA kerana membaca itu sumber hikmah
menyediakan waktu untuk TERTAWA kerana tertawa itu muzik jiwa
menyediakan waktu untuk BERAMAL kerana beramal itu pangkal kejayaan
menyediakan waktu untuk BERFIKIR kerana berfikir itu pokok kemajuan
menyediakan waktu untuk BERSENDA kerana bersenda itu membuatkan muda selalu
menyediakan waktu untuk BERIBADAH kerana beribadah itu ibu daripada ketenangan jiwa

.::Muslim Ideal::.
1 aqidah yang sejahtera (salimul aqidah)
2 ibadah yang shahih (sahihul ibadah)
3 akhlak yang mantap (matinul khuluq)
4 luas pengetahuan (mutsaqqafal fikr)
5 sihat tubuh badan (qawiyyal jism)
6 mampu berdikari (qadiran ala kasbi)
7 melawan nafsu (mujahadah ala nafsi)
8 sangat menjaga masa (haarithun ala waqtihi)
9 tersusun urusannya (munazzamun fi syu’unihi)
10 bermanfaat pada orang lain (nafi’un li ghairihi)

Wednesday, September 30, 2009

Kriteria Wali Allah

*sumber rujukan - Dr Aidh bin Abdullah Al-Qarni : Jagalah Allah...Allah menjagamu

Part 5 - Menyempurnakan Ibadah-ibadah Fardhu (wajib) dan Membekali Diri Dengan Ibadah Sunat

Firman Allah s.w.t.:
"Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa." (Yunus : 62-63)

Para wali Allah ada 2 golongan:

1- Orang pertengahan, iaitu yang sentiasa memelihara ibadah-ibadah wajib dan menjauhi dosa besar

2- Orang terlebih dahulu melakukan pelbagai kebaikan, adalah orang yang sentiasa memelihara ibadah wajib dan membekali dirinya dengan ibadah sunat serta ia menjauhi dosa besar, larangan Allah, dan segala sesuatu yang dibenci Allah s.w.t.

Suatu hari Rasulullah s.a.w. telah dikunjungi oleh seorang pemuda, lalu dia berkata : "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku sangat berkeinginan untuk menemanimu di syurga nanti." Maka Rasulullah s.a.w. pun bersabda: "Apakah kamu masih mempunyai keinginan selain daripada itu?" Pemuda itu berkata: "Hanya itu, wahai Rasulullah." Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: "Maka bantulah aku terhadap dirimu dengan banyak melakukan sujud (sembahyang)." (Riwayat Muslim)

Ibadah sunat ada banyak, antaranya sembahyang, puasa, zikir, sedekah dll. Setiap manusia mengetahui apa yang bermanfaat baginya dan apa yang dapat melembutkan hatinya, lalu dia menempatkannya pada darjat dan maruah penghambaan kepada Allah s.w.t. sehingga dia masuk dalam golongan para wali Allah. Bermakna, dia mesti sering melakukan ibadah-ibadah sunat tersebut.

Wallahu'alam..


SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............
Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu.
Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...


Sebar2kan, insyaallah kita sama2 dapat barakah.. =)


Lets Feel The Beauty Of Islam

Sunday, September 27, 2009

Kriteria Wali Allah

*sumber rujukan - Dr Aidh bin Abdullah Al-Qarni : Jagalah Allah...Allah menjagamu

Part 4 - Tidak Menyimpan Dengki, Benci, Dendam, dan Hasad Kepada Siapa Sahaja

Kita perlu memohon dari Allah s.w.t. supaya dilindungi daripada sifat tercela ini, iaitu orang yang bersifat dengki dan menjadikan dengki itu sebagai salah satu sebab untuk memusuhi saudaranya, kerana mungkin mereka berselisih faham dalam suatu hal yang bersifat kesalahan fahaman sahaja.

Tatkala Rasulullah s.a.w. duduk dalam suatu majlis, tiba-tiba masuk seorang lelaki yang baru sahaja selesai berwudhuk. Sebelum dia masuk, Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Nanti daripada pintu ini akan muncul seorang lelaki yang termasuk penghuni syurga kepada kalian."

Lalu masuklah lelaki ini, lalu dia melakukan sembahyang sunat dua rakaat.

Pada hari ke-2, baginda s.a.w. bersabda perkara yang sama.

Pada hari ke-3, baginda s.a.w. masih bersabda perkara yang sama.

Maka Abdullah bin Umar r.a pun pergi bersama lelaki itu, bertujuan hendak melihat ibadahnya. Setelah diteliti, lelaki itu tidak melakukan puasa sunat ataupun melakukan qiyamullail.

Maka Abdullah bin Umar r.a. pun hairan, lantas bertanya kepada lelaki itu tentang amalannya sehingga mendapat jaminan Syurga dari Rasulullah s.a.w. Jawab lelaki itu :
"Demi Allah, sesungguhnya pada setiap malam, ketika saya tidur, di dalam hatiku tidak terdapat perasaan dengki, benci, dan pengkhianatan kepada salah seorang pun daripada kaum Muslimin."
(Riwayat Ahmad)

Firman Allah s.w.t.:
"Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas dipan-dipan." (Al-Hijr : 47)

Dalam riwayat Imam Ahmad bin Hanbal, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
"Ada 3 golongan manusia yang tidak boleh didengki, iaitu; hati seorang hamba yang beriman dan sentiasa ikhlas dalam beramal, semata-mata hanya kerana Allah dan seseorang yang mahu menasihati para pemimpin umat serta orang yang komitmen terhadap sebuah jamaah Islamiyah (kelompok Islam), kerana doa mereka ini meliputi semua orang yang berada di belakang mereka."

Firman Allah s.w.t.:
"....dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya..." (Al-Hujurat : 12)


SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............
Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu.
Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...


Sebar2kan, insyaallah kita sama2 dapat barakah.. =)


Lets Feel The Beauty Of Islam

Saturday, September 26, 2009

Hadith 23/40

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya."
(Hadis riwayat al-lmam Muslim)


Isi penting

1. Kesucian, Lafaz Tahmid dan Tasbih
Kebersihan sebahagian iman
a) pahala pada kebersihan - berganda sehingga separuh pahala iman
b) dikehendaki meninggalkan perkara dosa dan maksiat (an-Nahl: 56)
c) kebersihan yang utama ialah menyucikan diri dengan wudhu’- menghapuskan dosa kecil
d) bersih dari hadas besar dan kecil samada dengan air atau tayammun, dan yang dikehendaki
iman itu ialah solat
e) sesetengah ulama mengatakan bahawa andainya berwudhuk, kemudian solat, maka dia telah melakukan 2 macam kesucian - berwudhuk menyucikan diri, solat menyucikan jiwa

Lafaz Tahmid
a) Lafaz Alhamdulillah sudah mampu memenuhi timbangan, bererti:
- andainya lafaz Alhamdulillah itu dijadikan badan, maka lafaz itu akan memenuhi seluruh badan itu
- hal ini tidak mustahil, kerana setiap amalan kita di dunia nanti akan menyerupai makhluk tatkala hari kiamat
- andainya amalan buruk kita lakukan di dunia, maka kita akan berjumpa dengan amalan tu tatkala hari kiamat, ibarat seorang yang buruk wajahnya, kotor pakaiannya, busuk baunya
b) Lafaz Subhanallah menjelaskan kesucian Allah s.w.t. dan segala sifat kesempurnaanNya.
- digalakkan supaya lafaz subhanallah disusuli dengan lafaz Alhamdulillah, kerana lafaz tahmid melengkapkan lafaz Subhanallah itu dengan sifat Allah s.w.t. yang sempurna
c) Lafaz terbaik ialah 'Subhanallah walhamdulillah'


2. Sembahyang, Sedekah, Sabar
a) Sembahyang merupakan cahaya dan kelepasan hari kiamat
- siapa tidak memeliharanya kerana pengaruh perniagaan, maka dia bersama Ubay
- siapa tidak memeliharanya kerana kerajaannya atau kuasanya, maka dia bersama Firaun
- siapa tidak memeliharanya kerana hartanya, maka dia bersama Qarun
- siapa tidak memeliharanya kerana ketuanya, maka dia bersama Haman

b) Sedekah adalah untuk menguji keimanan
- melalui zakat harta benda atau wang ringgit
- siapa berzakat dengan ikhlas, tandanya sudah kuat imannya
- siapa sedekah dengan rasa berkira walau satu wang ringgit, dan terasa kekurangan wang itu, maka itulah kekurangannya yang dia tidak terasa

c) Sabar itu penyuluh hidup
- sabar yang pertama ialah taat mengerjakan suruhan Allah s.w.t.
- sabar kedua ialah sabar melakukan maksiat, seperti berpuasa untuk elak maksiat
- sabar ketiga ialah sabar atas segala takdir yang menimpa diri
- hadith yang diterangi oleh Saidina Ali r.a.:
"Sesungguhnya sabar atas satu maksiat dituliskan kerananya kepada seorang hamba sebanyak 300 darjat, dan sesungguhnya sabar atas satu ketaatan dituliskan kerananya 600 darjat, dan sesungguhnya sabar (menahan diri) dari segala maksiat dituliskan kepadanya sebanyak 900 darjat."


3. Al-Quran Itu Hujah Bagi Engkau Dan Atas Engkau
a) Al-Quran bertindak sebagai hujah dan dalil untuk menolong seseorang tatkala hari qiamat nanti
b) Al-Quran juga sebagai medium
sumber inspirasi, matlamat dan panduan hidup


4. Manusia Menjual Dirinya
a) Menjual dirinya kepada Allah dengan mengerjakan amal
- mereka akan dibebaskan dari sengsara
b) Menjual dirinya kepada syaitan dan hawa nafsu mengikut kehendaknya
- akan menerima kesusahan akhirat
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman diri-diri (jiwa-jiwa) mereka dan harta-harta mereka dengan (balasan) bahawa adalah bagi mereka syurga. (Iaitu hendaklah) mereka berperang pada jalan Allah lalu mereka membunuh dan terbunuh, sebagai satu perjanjian yang benar dalam Taurat dan Injil dan Al-Quran. Kerana bukanlah tidak ada yang menyempurnakan dengan janjiNya lebih daripada Allah? Kerana itu bergembiralah dengan perjanjian kamu yang kamu janjikan kepadaNya. Kerana yang demikian, ialah kemenangan yang besar." (At-Taubah : 111)


Pengajaran hadis

(1) lslam amat menitikberatkan soal kebersihan, sehingga menganggapnya sebahagian daripada lman.
(2) Semua amalan soleh merupakan kebaikan dan keindahan bagi seorang mukmin dan mempunyai
nilai yang tinggi. Ada amalan yang menjadi hujah baginya, ada yang menjadi cahaya baginya, ada yang
menjadi pemberat mizannya dan sebagainya.
(3) Setiap manusia dalam kegiatan hariannya mendedahkan dirinya sama ada kepada kebaikan atau
kecelakaan. Ada yang menjual dirinya kepada Allah, lalu beroleh kebaikan dan kejayaan dan pula ada
yang menjual dirinya kepada syaitan lalu beroleh kecelakaan.
(4) Kepentingan menyucikan diri dan jiwa, serta ganjaran lafaz Tahmid.
(5) Kepentingan solat, sedekah, dan sabar.
(6) Konsep menjual diri selama hidup.



detail via --> link



SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............
Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu.
Jika anda ada satu ilmu Dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...


Sebar2kan, kita sama2 dapat barakah kehidupan.. =)


Lets Feel The Beauty Of Islam


Wednesday, September 23, 2009

Kriteria Wali Allah

*sumber rujukan - Dr Aidh bin Abdullah Al-Qarni : Jagalah Allah...Allah menjagamu

Part 3 - Mencintai dan Membenci Semata-mata Kerana Allah s.w.t.

Sesungguhnya para wali Allah akan mencintai sekelompok manusia kerana dekatnya mereka dengan Allah, dan membenci sekelompok manusia lain, kerana jauhnya mereka dengan Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t.:
"Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, RasulNya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah)" (Al-Maidah : 55)

Dalam satu hadith baginda s.a.w., riwayat Imam Abu Daud:
"Barangsiapa yang cinta kerana Allah, benci kerana Allah, memberi kerana Allah dan tidak memberi juga kerana Allah, maka sungguh keimanannya sudah sempurna."

Mereka tidak mencintai seseorang hanya kerana faktor nasab atau keturunan, atau kerana kecemerlangan dan hubungan baik kerabat atau kerana selera atau kerana sesuatu visi atau hanya di bawah satu naungan persahabatan.

Imam Asy-Syafi'i dan Imam Ahmad saling mencintai kerana Allah s.w.t. Suatu ketika Imam Asy-Syafi'i ditanya:
"Wahai tuan guru, bagaimana mungkin tuan guru mengunjungi Imam Ahmad bin Hanbal, sementara dia lebih muda daripada tuan?"

Jawab Imam Syafi'i:
"Mereka mengatakan Ahmad bin Hanbal mengunjungimu dan kamu juga mengunjunginya"

Jawapan anak didik Imam Syafi'i kembali:
"Keutamaan-keutamaan itu tidak pernah meninggalkan kedudukannya. Kalau dia mengunjungiku, maka itu kerana keutamaannya dan kalau saya mengunjunginya, itu juga kerana keutamaannya, dalam dua kedudukan tersebut, keutamaan ada padanya."

Imam Syafi'i pernah berkata:
"Saya mencintai orang-orang shalih, sementara saya sedar bahawa, saya tidak termasuk dalam golongan mereka, mudah-mudahan dengan begitu saya memperolehi syafaat (pertolongan) kerana mereka. Dan saya sangat benci kepada orang yang perdagangannya (perbuatannya) selalu dalam kemaksiatan dan dosa, meskipun barang dagangan kami sangat buruk."

Firman Allah s.w.t.:
"Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa." (Az-Zukhruf : 67)

Bagaimana mungkin kita mencintai Allah dan dalam masa yang sama kita juga mencintai musuh-musuhNya? Bagaimana cinta ini boleh menjadi satu hati? Demi Allah, sesungguhnya orang yang mencintai Allah, akan mencintai kekasihNya dan membenci musuh-musuhNya.

Imam Hanbal berkata:
"Sesungguhnya saya sangat seronok dan gembira melihat orang tua yang janggutnya sangat lebat, kerana dia telah menghidupkan dan mengamalkan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w."

Imam Hanbal sangat mencintai seseorang hanya kerana dia menghidupkan satu sunnah baginda s.a.w. Bagaimana pula orang yang solat fardhu 5 waktu, berpuasa di bulan ramadhan, dan membela Rasulullah s.a.w. serta mencintai sunnah baginda s.a.w. tercinta?


SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............
Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu.
Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...


Sebar2kan, insyaallah kita sama2 dapat barakah.. =)


Lets Feel The Beauty Of Islam

Thursday, September 10, 2009

Hadith 22/40

Daripada Abu Abdullah Jabir ibn Abdullah al-Ansarie r.a., (beliau meriwayatkan): Bahawa seorang lelaki telah bertanyakan Rasulullah SAW, dia berkata: Bagaimana pandanganmu jika aku mendirikan sembahyang-sembahyang fardhu, aku berpuasa bulan Ramadhan, aku menghalalkan perkara yang halal dan aku mengharamkan perkara yang haram. Aku tidak akan menambah apa-apa lagi lebih daripada itu. Apakah aku akan masuk syurga? Baginda bersabda: Ya!
(Hadis riwayat al-lmam Muslim)



Isi penting
1) Yang bertanya ialah : Nu’man bin Qauqal(sahabat) - menyertai perang Badar/syahid dalam perang Uhud. Keimanannya terhadap syurga dan apa yang dijanjikan oleh Allah telah mendorong beliau untuk bertanya Nabi tentang hadis ini.

2) Menunaikan Solat Fardhu :
- wajib berjamaah di masjid - pendapat kebanyakan sahabat/ tidak ada sahabat yang khilaf.
- solat yang paling dicuaikan oleh orang munafiq (Isyak dan Subuh) - kalau mereka tahu fadhilatnya nescaya mereka akan usha untuk mendapatkannya, walaupun dalam keadaan merangkak.

3) Wajib puasa Ramadhan

4) Yakin - mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah - hukumnya kufur.

5) Yakin - menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah - hukumnya kufur.

Bentuk-bentuk haram dita’birkan dengan nama yang berlainan:
Antaranya maksiat, dosa, khotar dll. Didatangkan dalam bentuk :
i) Larangan (nahyu) - misal:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Hujuraat : 12)

ii) Janji buruk ke atas pembuat (wa’iid) :
"Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya." (Ali Imran : 77)

iii) Lafaz tahrim -
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." (An-Nisaa’ : 23)

Penghalalan dan pengharaman adalah hak Allah - dia yang mengetahui apa yang baik bagi manusia di dunia dan di akhirat - sesiapa yang menceroboh haknya akan diazab.



Pengajaran hadis

(1) Hadis menerangkan betapa apabila seorang mukmin benar-benar menunaikan segala tanggungjawab agama yang fardhu dengan sempurna, menghalalkan perkara yang halal dan mengharamkan perkara yang haram, dia akan masuk syurga walaupun dia tidak melakukan amalan-amalan sunat yang lain. lni adalah kemurahan dan rahmat Allah SWT terhadap hamba-hambaNya.

(2) Hanya melaksanakan amalan fardhu tanpa yang sunat di sini ertinya melakukannya dengan sempurna tanpa cacat, tanpa meninggalkannya atau mencuaikannya.

(3) Menghalalkan perkara yang halal dan mengharamkan perkara yang haram bukan hanya dengan lidah tetapi hendaklah secara praktik, iaitu dengan mengerjakan apa yang halal kalau dia mahu dan menjauhkan segala perkara yang haram.



detail via --> link



SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............
Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu.
Jika anda ada satu ilmu Dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...


Sebar2kan, kita sama2 dapat barakah Ramadhan.. =)


Lets Feel The Beauty Of Islam


Wednesday, September 9, 2009

Kriteria Wali Allah

*sumber rujukan - Dr Aidh bin Abdullah Al-Qarni : Jagalah Allah...Allah menjagamu

Part 2 - Jadikan Rasulullah s.a.w. sebagai imam, pemimpin dan suri teladan

Menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai imam, pemimpin, dan suri teladan selama kita hidup. Selain itu, kita juga perlu berhukum dengan hukumnya dan meneladani segala tingkah laku baginda s.a.w. Mencinta baginda s.a.w. dengan sepenuh hati. Firman Allah s.w.t.:
"Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya" (An-Nisa : 65)

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu, (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (ketibaan) hari qiamat dan dia banyak menyebut Allah" (Al-Ahzab : 21)


Imam Malik bin Anas semasa mengajar kitab Muwattha, tatkala digigit kala jengking hingga sebanyak 13 gigitan, dia tetap tenang hingga selesai mengajar. Kemudian beliau mengusap tempat gigitan dengan anti-toksin. Muridnya bertanya mengapa tidak berhenti mengajar semasa digigit kala jengking. Dia menjawab: "Maha Suci Allah. Saya memberhentikan membaca hadith kekasihku Rasulullah s.a.w. hanya kerana gigitan seekor kala jengking?"

Sa'id bin Musayyib pernah ditanya satu hadith Rasulullah s.a.w. semasa dia sakit teruk, dia meminta didudukkan kerana dia tidak mahu menyebut hadith baginda s.a.w. semasa keadaan baring.

Di sini ingin timbulkan persoalan sikit, khususnya kepada para penuntut ilmu dan para da'ie yang fanatik dan memuji sebahagian ulama dan tokoh. Wajarkah kita kagumi mereka melebihi dari baginda s.a.w.? Relevankah kita mencintai tokoh dan ulama melebihi cinta kepada baginda s.a.w.?

Allah s.w.t. berfirman:
"Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu (janganlah kamu mengatakan Nabi Isa a.s. itu Allah, sebagaimana yang dikatakan oleh orang-orang Nasrani)......" (An-Nisa : 171)

Kita sering merendahkan taraf kita terhadap segolongan manusia yang kita hormati, terutamanya tokoh dan ulama yang kita sanjungi, hinggakan kita sering menyebut nama insan yang dikagumi itu melebihi baginda s.a.w. Kita sepatutnya lebih mengagumi baginda s.a.w. melebihi manusia lain, malangnya kini dunia sudah terbalik.

Menjadikan manusia lain sebagai idola dan sanjungan itu tidak salah, yang jadi salahnya andai kita jadikan mereka yang zalim sebagai idola dan teladan hidup. Lagi punah andainya kita jadikan orang kafir sebagai idola, menyebabkan terhakisnya identiti sebenar kita sebagai seorang Muslim. Apa faedahnya kita sanjungi kepimpinan Ehud Barak sedangkan kita tahu baginda s.a.w. adalah contoh pemimpin ideal? Apa faedahnya kita kagumi puak syiah sedangkan baginda s.a.w. adalah sebaik-baik imam? Apa faedahnya kita jadikan pengetua sekolah kita sebagai teladan hidup andainya baginda s.a.w. sendiri adalah contoh seorang guru? Apa gunanya kita jadikan Mel Gibson sebagai role model sedangkan baginda s.a.w. sendiri merupakan contoh ayah terbaik? Kita semua ada identiti, cuma halatuju identiti kita terpesong, menyebabkan ramai dari kita kehilangan identiti Islam yang murni. Kita mampu mengubahnya selagi hayat masih ada..wallahu'alam


SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............
Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu.
Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...


Sebar2kan, insyaallah kita sama2 dapat barakah.. =)


Lets Feel The Beauty Of Islam

Tabarruj

Soalan: Saya tahu bahawa Tabarruj adalah cara berpakaian atau perbuatan berhias secara berlebih-lebihan yang boleh menarik perhatian. Jadi, jika Khimar (tudung) seseorang wanita itu kecil, maka kelihatan leher atau rambut wanita tersebut, maka, adakah ia dianggap Tabarruj? Walhal, rambut dan leher yang kelihatan hanya sedikit dan tidak menarik perhatian dimana kebanyakan wanita yang tidak berjilbab biasanya berjalan dijalan-jalan dan mereka tidak menarik perhatian?


Jawapan
Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit(aurat). Ini dibatasi dengan tanpa membuka bahagian-bahagian sulit (aurat) kerana Tabarruj dengan memperlihatkan aurat adalah dilarang tanpa mengambil kira samada seseorang wanita itu menarik perhatian ataupun tidak.

Isunya bukanlah kerana tidak menutupi aurat, contohnya perbuatan seperti memakai make-up dimuka, dijari, ditudung atau baju atau menghiasi kaki seperti memakai gelang kaki. Kesemua perbuatan berhias ini, jika tidak menjadi kebiasaan di kawasan dimana seseorang wanita itu tinggal, dan perhiasan ini menarik perhatian, maka ini dipanggil Tabarruj dan ini adalah dilarang.

Jadi, contohnya, jika seseorang wanita itu mewarnai kukunya didalam sebuah kampung yang kebiasaan wanita-wanitanya tidak mewarnai kuku mereka, maka perbuatan berhias ini akan menarik perhatian, dan ini adalah dilarang, walaupun tapak tangan bukanlah aurat.

Dan jika dia berjalan, kedengaran bunyi gelang kakinya dan menarik perhatian kepada perhiasan dikakinya, walaupun kakinya tertutup, ini juga dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang.

Jika seseorang wanita itu memakai sehelai tudung broked yang bukan kebiasaannya, dan ini menarik perhatian, maka ini dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun rambutnya terlindung.

Jika seseorang wanita itu memakai Jilbab (jubah) yang mempunyai motif dibahagian dada yang boleh menarik perhatian, maka ini adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun Jilbab adalah pakaian yang Shar’ei.

Oleh yang demikian, berpakaian menutupi aurat, tetapi menarik perhatian adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang. Manakala berpakaian dengan membuka aurat adalah sama sekali dilarang samada ia menarik perhatian ataupun tidak.

Dalil tentang perkara ini adalah;

“Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan*” (An-Nur:31)

Seseorang wanita itu dilarang untuk berjalan dengan cara yang boleh menarik perhatian kearah gelang kakinya walaupun kakinya tertutup. Oleh itu, berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang.


Kesimpulan
Berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang. Berpakaian dengan cara yang membuka aurat adalah sama sekali dilarang, tidak kira samada ia menarik perhatian ataupun tidak. Sudah semestinya membuka aurat adalah sesuatu yang dilarang.


Oleh itu, berpakaian walaupun dengan cara yang dibenarkan tetapi menarik perhatian seperti yang diterangkan diatas, adalah Tabarruj dan dilarang. Ini hanya boleh diketahui dari keadaan dan realiti persekitaran dimana wanita tersebut tinggal dan untuk mengetahui kebiasaan disana tidak sukar kerana komuniti – lelaki dan wanita boleh menilai dan mengetahuinya.

Menarik perhatian adalah penentu samada berpakaian itu adalah Tabarruj atau pun tidak. Manakala berpakaian yang tidak menutup aurat pula bukan terletak pada hukum Tabarruj, tetapi pada hukum aurat dan dalil-dalilnya adalah jelas, dimana seseorang wanita itu dilarang untuk membuka auratnya ,walaupun tidak menarik perhatian.

Allah Subhanahu wa Taala berfirman :

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka …..” (An-Nur:31)

“kecuali yang (biasa) nampak daripadanya” bererti muka dan dua tapak tangan seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas (semoga Allah merahmatinya), Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam, pernah bersabda,

“Jika seorang anak perempuan itu telah baligh, hanya muka dan kedua tapak tangannya yang boleh kelihatan” [Riwayat Abu Dawud]

Oleh yang demikian, menurut dalil-dalil yang diberi, seseorang wanita itu tidak boleh memperlihatkan selain dari muka dan dua tapak tangannya kecuali kepada suami dan mahramnya. Inilah kewajipan untuk memakai Khimar yang sesuai untuk menutupi rambut dan leher dan melabuhkannya kedada, supaya tiada yang kelihatan kecuali muka dan kedua tapak tangan.

Allah Subhanahu wa Taala berfirman;

“Dan hendaklah mereka menutup kain tudung kedadanya…” (Al-Nur:31)

yang bermaksud melilit tudung kebahagian pembukaan baju supaya leher tidak kelihatan dan tudung akan menutupi bahagian kepala, telinga dan leher, hanya kelihatan muka dan tapak tangan sahaja.

*Oleh: Sheikh Ata ibn Khaleel Abu al-Rashta Sumber: Islamic revival*


Sebar-sebarkan..insyaallah


MAXIMIZE OUR TIME


Tuesday, September 8, 2009

Hadith 21/40

Daripada Abu `Amru - atau digelar juga Abu `Amrah - Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: "Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah"
(Hadis riwayat al-lmam Muslim)



Isi penting
1) Makna Istiqamah :
o perbetulkan aqidah
o beriltizam dalam melaksanakan ketaatan kepadaNya
o betul I’tiqad melalui kata-kata dan perbuatan
o beriltizam dengan bersungguh2

2) Kelebihan Istiqamah :
o diperluas/mudahkan rezeki di dunia
o diberi keamanan ketika mati, di kubur dan ketika dibangkitkan
o dihilangkan kesedihan berpisah dengan keluarga
o didatangkan khabar gembira (pengampunan dosa), (amal diterima) dan (syurga)

3) Istiqamah di atas Jalan yang Lurus :
o perintah Allah untuk nabi dan ummatnya supaya menepati syara’
i) Istiqamah Hati : - sebagai Raja kepada Jasad, Istiqamahnya akan menentukan istiqamah yg lain
ii) Istiqamah Lidah :
- sebagai penterjemah kepada Hati/ juga punca kecelakaan kepada tuannya.
- sebagai renungan


4) Islam, Iman, Istiqamah
o seorang Islam yang tanpa iman ibarat pokok yang tiada buah
o seorang Islam yang tiada istiqamah dalam amalan ibarat pokok berbuah namun tiada fungsi buahnya itu
o seorang beriman yang tanpa istiqamah hanya sia-sia dan sekadar penat beramal
o seorang yang istiqamah beramal namun tanpa iman (dan ilmu) di dada ibarat melakukan taklid buta (iaitu beramal tanpa pegangan yang kuat)


Pengajaran hadis

(1) Hadis menuntut agar seorang mukmin sentiasa mengambil berat soal lman, tauhid dan aqidahnya, selalu memperbaharui imannya kepada Allah, seterusnya beristiqamah menunaikan tuntutan lman yang didakwa itu.

(2) lstiqamah bererti melalui suatu jalan yang lurus, jitu dan tepat.

(3) lstiqamah dalam menunaikan tuntutan lman adalah suatu jihad. Ramai orang lslam yang hanya mengaku beriman namun gagal lstiqamah menunaikan tuntutan lman.

(4) lman dan lslam mempunyai konsep pelaksanaan yang mudah tanpa berbelit-belit atau sukar difahami. Seseorang hanya dituntut beriman kemudian beristiqamah melaksanakan lslamnya tanpa berfalsafah. Amal dan lstiqamah menjadi sulit hanya apabila iman yang diukir hanya di bibir atau di hujung lidah semata-mata.



detail via --> link



SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............
Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu.
Jika anda ada satu ilmu Dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...


Sebar2kan, kita sama2 dapat barakah Ramadhan.. =)


Lets Feel The Beauty Of Islam


Monday, September 7, 2009

Solat Taubat Menghapuskan Resah

Solat Taubat ni dilakukan sebanyak 2 rakaat, setelah merasakan diri melakukan dosa dan ingin bertaubat kepadaNya. Dikerjakan tanpa kira masa, cuma paling afdal ialah ketika jam 2 pagi. Digalakkan untuk perbanyakkan istighfar dan berdoa memohon keampunan setelah melakukan solat sunat taubat, serta bertekad tidak mengulangi kesilapan yang sama berulang-kali.


Dalil-dalil solat Taubat
“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

“Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)



Cara-cara
(1) Niat, "Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah ta'ala" (versi arab klik sini)
(2) Rakaat 1st - Baca Al-Fatihah dan surah Al-Kafiruun sebanyak 3x (disunatkan)
*kadang2 surah al-kafirun ni juga leh gantikan baca ayat kursi 3 kali
*
(3) Rakaat 2nd - Baca Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas sebanyak 3x (disunatkan)
(4) Masa sujud terakhir, disunatkan baca doa ni - "Tiada Tuhan melainkan Engkau, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak. Maka tiada siapa yang dapat mengampuni dosaku melainkan Engkau. " (versi arab klik sini)
(5) Selepas salam, istighfar sama ada:
a) "Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya"
(versi arab klik sini)
b) "Tiada keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi laranganMu) melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Besar" (versi arab klik sini)
c) "Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku" (versi arab klik sini)
(6) Doa; (Versi arab klik sini)

"Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, aku mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, Tuhan yang hidup terus selalu jaga. Aku mohon taubat kepadaNya, selaku taubatnya seorang hamba yang banyak berdosa, yang tidak mempunyai daya upaya untuk berbuat mudarat atau manfaat untuk mati atau hidup mahupun pada Hari Kebangkitan (Hari Akhirat) nanti."

atau

"Ya Allah, Engkaulah Tuhan kami, tiada Tuhan melainkan Engkau yang menciptakan aku, dan akulah hambaMu. Dan akupun dalam ketentuan serta janjiMu sedapat mungkin aku lakukan. Aku mohon berlindung kepadaMu dari segala kejahatan yang telah Engkau ciptakan, aku mengakui nikmatMu yang Engkau limpahkan kepadaku, aku akui dosaku,kerana itu berilah ampunan kepadaku. Tiada yang dapat memberi pengampunan,kecuali hanya Engkau sendiri"



Syarat solat taubat
1. Ikhlas ingin bertaubat
2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
5. Dikerjakan sebelum ajal tiba

sumber lain : link


*Sebenarnya method solat taubat ni ada banyak, pandai2 la carik sumber lain k. Yang saya bagi ni adalah secara overall. Ada method yang agak 'keras', ada yang terlalu 'lembut', bergantung kepada individu tu bagaimana nak mengabdikan diri kepadaNya. Method tu bukan perkara yang utama, yang penting kita kena berusaha bertaubat setelah melakukan kesalahan, selagi hayat ni masih ada..



Sebar-sebarkan..insyaallah


MAXIMIZE OUR TIME

Friday, September 4, 2009

Hadith 20/40

Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW
telah bersabda:
"Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh
manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu."
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari)


Isi penting
1) Malu- akhlak para nabi Allah & malaikat (warisan para nabi).

2) Makna suruhan dalam hadis :
Suruhan sebagai tahdid (kecaman) - dibayangkan balasan dunia @ akhirat.
Suruhan terhadap perkara yang harus - pilihan (buat/tak buat).
Suruhan sebagai pilihan - sifat malu sebagai bentengnya.(dlm perkara maksiat).

3) Malu terbahagi dua :
yang boleh diusahakan - mengenal Allah - merasai muraqabah Allah.
yang tak boleh diusahakan - fitrah yang diberikan Allah kpd sesiapa yg dikehendaki(kebaikan).

4) Malu yang dicela - yang tidak menepati syarak : malu bertanya tentang agama/ beribadat dalam
keadaan jahil.


Pengajaran hadis

Malu adalah salah satu sifat utama seorang mukmin kerana ia adalah sebahagian dari lman. Malu tidak
menghasilkan sesuatu kecuali kebaikan. la menjadi perisai daripada melakukan banyak perkara jahat.
Sejarah membuktikan bahawa nafsu manusia tidak terbatas dan tidak pernah puas. Hanya dengan sifat
malu, mereka mampu membendung dan menjurusnya ke arah kemuliaan.
Malu sejati ialah malu yang didorong oleh perasaan lman kepada Allah.
Malu melakukan kebaikan adalah malu yang tercela dan dilarang seperti malu menutup aurat, malu
mengerjakan ketaatan kepada Allah atau malu bertanya perkara yang tidak diketahui.


sumber --> link



SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............
Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu.
Jika anda ada satu ilmu Dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...


Sebar2kan, kita sama2 dapat barakah Ramadhan.. =)


Lets Feel The Beauty Of Islam


Tuesday, September 1, 2009

Solat Tahajjud Teras Kejayaan

Solat Tahajjud ni dilakukan sebanyak 2 rakaat, semasa terjaga dari tidur, ketika jam antara 12 tengah malam hingga masuknya waktu Subuh.


Dalil-dalil solat Tahajjud
" Dan di waktu malam bangkitlah sembahyang tahajjud sebagai sembahyang tambahan bagi ibadatmu semoga ALLAH membangkitkanmu di hari Akhirat dengan kedudukan dan darjat yang terpuji." (Al-Isra : 79)

"Wahai orang yang berselimut! Bangunlah sembahyang tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu" (Al-Muzammil : 1-3)

“Seafdhal-afdhal (sebaik-baik) dolat selepas solat fardhu ialah solat malam” (Hadith Riwayat Muslim)

“Allah swt akan turun ke langit dunia pada setiap malam ketika akhir 1/3 malam dan berkata : Akulah Tuhan , Akulah Tuhan.Barang siapa yang berdoa kepadaKU akan aku penuhi doanya , Barang siapa yang meminta kepadaKu akan aku beri kepadanya ,barangsiapa yang memohon ampun kepadaKu , akan aku ampunkan dosanya.” (Hadith Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

“Puasa paling utama selepas puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah, iaitu Muharam, sedangkan solat paling utama selepas solat wajib adalah solat malam (tahajud).” (Hadis riwayat Muslim)



Cara-cara
(1) Niat, "Sahaja aku solat sunat tahajjud 2 rakaat kerana Allah ta'ala" (versi arab klik sini)
(2) Rakaat 1st - Baca Al-Fatihah dan surah Al-Kafiruun(disunatkan)
(3) Rakaat 2nd - Baca Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas(disunatkan)
(4) Masa sujud terakhir, disunatkan baca 3x doa ni - "Oh Tuhanku, masukkanlah aku daripada pintu kebenaran, dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran juga, dan kurniakanlah bagiku daripadaMu seorang penolong " (versi arab klik sini)
(5) Doa; (Versi arab klik sini)

"Ya Allah, bagiMu segala puji. Engkau penegak langit dan bumi dan segala isinya. BagiMulah segala puji'. Bagimu kerjaan langit dan bumi serta isinya. Dan bagiMulah segala puji cahaya bagi langit dan bumi, Engkaulah yang hak, dan janjiMu adalah hak, dan syurga adalah hak, dan neraka adalah hak, dan nabi-nabi itu adalah hak, dan nabi Muhammad saw, adalah hak, dan saat hari kiamat itu adalah hak, ya Allah, kepadaMulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang belum kami lakukan, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah."



Kelebihan solat tahajjud
Petanda orang-orang soleh

Merupakan penghampiran kepada Allah s.w.t dan mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar

Dapat memadamkan dosa-dosa

Dapat menyihatkan badan

Tidak ada pemberian Allah yang lebih utama kepada hambanya dari pemberian taufiq untuk mengerjakan 2 rakaa't solat tahajjud

Waktu tahajjud adalah waktu untuk meminta kepada Allah s.w.t

Waktu tahajjud adalah waktu yang teristimewa untuk penerimaan doa

Allah akan menyelamatkannya daripada bencana

Tanda berkat pada wajahnya

Disukai oleh ramai manusia

Allah jadikannya seorang yang bijaksana

Bila bercakap penuh hikmah

Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya

Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin

Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana

Dimudahkan hisab ke atasnya

Mendapat catatan amal dari tangan kanan



Tips mudah bangun malam
Tidak makan terlalu banyak. Justeru mereka berkata: “Hai golongan sufi, jangan makan banyak, nescaya kamu minum banyak, kamu tidur banyak dan sesal banyak”

Jangan berpenat pada siang hari dengan kerja-kerja yang membebankan

Jangan meninggalkan tidur qailullah (tidur sekejap) pada siang hari kerana ia menolong untuk bangkit pada malam hari

Antara sebab-sebab batin pula ialah kerana dosa yang bertimbun akibat kurangnya meminta ampun dariNya


(detail di sini)

Sebar-sebarkan..insyaallah


MAXIMIZE OUR TIME