Sebaik Masa
Recent Hadith
"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."
(HR Bukhari & Muslim)
(HR Bukhari & Muslim)
Recent Quran
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik." (Ali-Imran : 110)
Value Of Time
To realize the value of 10 YEARS.....ask a newly divorced couple
To realize the value of 4 YEARS.....ask a graduate
To realize the value of 1 YEAR.....ask a student who failed a grade
To realize the value of 1 MONTH.....ask a mother who has given birth to a premature baby
To realize the value of 1 WEEK.....ask an editor of a weekly newspaper
To realize the value of 1 HOUR.....ask those who are in love who are waiting to meet
To realize the value of 1 MINUTE.....ask the person who has missed the train, bus or plane
To realize the value of 1 SECOND.....ask a person who has survived an accident
To realize the value of 1 MILISECOND.....ask the person who has won a silver medal in the Olympics
To realize the value of A SISTER.....ask someone who doesn't have one
To realize the value of A FRIEND.....lose one
||| Time waits for no one...Yesterday in history.....Tomorrow still mystery.....Today is a gift |||
Treasure every moment we have with goodness...By the declining day, Verily Man is in loss, Save those who believe and do good works, and exhort one another to truth and exhort one another to endurance (Al-Asr 1-3)

Sharing With Time
Monday, April 5, 2010
Hadith 31/40
Daripada Abu al-'Abbas Sahlu ibn Sa'ad al-Saa'idie r.a. beliau berkata: Seorang lelaki telah datang menemui Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah! Tunjukkan daku suatu amalan yang apabila aku lakukannya, aku dikasihi oleh Allah dan dikasihi oleh manusia. Baginda bersabda: "Zuhudlah engkau terhadap dunia, nescaya Allah kasihkan engkau dan zuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia, nescaya manusia akan mengasihimu."
(Hadith hasan, riwayat Ibnu Majah dll)
Isi Penting
Zahid Pada Dunia, Dikasihi Allah
Zahid menurut tafsiran yang dipersetujui ulama mengandungi 2 pengertian:
1- Kosong hati dari dunia bukan kosong tangan daripadanya. Inilah zahid orang-orang dari golongan ariffin (yang lebih mengenal Allah) dan inilah katanya yang dikehendaki oleh hadith
2- Kosong sama sekali dari suatu sama ada dari dunia ini mahu dari syurga di akhirat kelak kecuali Allah, ertinya kepada Allah sajalah tempat tumpuan dan tujuannya iaitu untuk mencapai setinggi keredaanNya semata-mata. Inilah zahid orang-orang dari golongan muqarrabin (yang mendampingi peribadi kepada Allah)
Imam Ghazali berkata:
"Bukanlah orang yang zahid itu orang yang tiada berharta. Tetapi orang yang zahid itu ialah orang yang tiada dibimbangkan oleh hartanya sekalipun harta seluruh alam ini kepunyaannya belaka."
Saidina Ali pula berkata:
"Kalau seorang lelaki mengambil sekelian apa yang ada dipermukaan bumi ini dengan maksud semata-mata kerana Allah, maka bukan ia dari orang yang gemarkan dunia."
Sabda baginda s.a.w. pula:
"Bukanlah zahid pada dunia dengan mengharamkan yang halal dan tiada pula dengan mensia-siakan harta. Akan tetapi zahid padanya ialah engkau lebih percaya kepada apa yag ada di tangan Allah lebih daripada apa yang ada ditangan engkau sendiri, dan adalah hal engkau dalam masa kesusahan sama sepeti hal engkau dalam masa tiada kesusahan, dan adalah pula orang yang memuji dan mencela engkau dalam kebenaran sama saja dalam bagi engkau." (HR Muhammad b Muhajir)
Zahid lahir dari amalan hati, bukan dari amalan jasad semata-mata. Zahid pada dunia ada 3 perkara:
1- Percaya kepada suatu yang ada pada Allah lebih daripada percaya kepada suatu yang ada pada diri sendiri.
2- Gemar mendapat ganjaran dari kesusahan dunia, lebih daripada kegemaran mendapat kesukaan di kala tiada kesusahan tersebut. Barangsiapa zahid pada dunia, mudahlah baginya segala kesusahan yang menimpa ke atasnya.
3- Sama saja perasaan dan sikap seorang di kala dia dipuji mahu pun dia dicela kerana kebenaran yang dilakukannya.
Orang yang dikasihi Allah ialah orang yang benci kepada suatu yang dibencinya dan zahid pada perkara yang melalaikannya, dan tidaklah dia membuangkan dunia itu kononnya untuk dikasihi Allah, kerana dunia adalah jalan ke akhirat seperti kata Saidina Ali:
"Sesungguhnya dunia ini adalah negeri benar bagi orang yang benar kepadanya, negeri akibat bagi orang yang memahaminya dan negeri kekayaan bagi orang yang menyediakan bekalan-bekalan daripadanya."
Sabda baginda s.a.w.:
"Sebaik-baik negeri adalah dunia bagi mereka yang berbekalan daripadanya untuk akhiratnya hingga reda tuhannya, dan sejahat-jahat negeri bagi mereka yang menghalangi daripada akhiratnya dan memundurkan dia dari keredaan tuhannya, dan apabila seorang hamba berkata: Semoga Allah burukkan dunia, maka berkatalah dunia (kepadanya): Allah burukkan (dia) kerana dialah yang derhakakan kami kepada tuhannya."
Zahid Pada Barang Yang Ada Di Tangan Manusia, Dikasihi Manusia
Sabda baginda s.a.w.:
"Kemuliaan seorang ialah berdirinya pada waktu malam (untuk sembahyang) dan kehormatannya ialah terkaya daripada manusia."
Zahid seorang ada barang yang ada di tangan manusia adalah ia tidak meminta, tidak ingin dan tidak perlu kepada suatu yang ada pada tangan manusia.
Kemuliaan dan kehormatan peribadi seorang adalah terletak pada sikap dirinya sendiri, iaitu sikap percaya kepada kebolehannya dengan usaha yang dikerjakannya, serta senang hati dengan apa yang diperolehi dan tidak berkehendak kepada suatu pemberian dari orang lain yang ia tidak berhak mendapatnya.
Pengajaran Hadis
(1) Hadis ini menerangkan suatu sifat penting yang harus ada pada diri setiap mukmin iaitu sifat zuhud
(2) Zuhud terhadap dunia mempunyai banyak pengertian di kalangan ulama tasawwuf antaranya ialah membenci, berpaling, meninggalkan dan menjauhkan diri dari kemewahan dunia serta mengosongkan hati dari mengingati perkara dunia.
(3) Zuhud terhadap apa yang dimiliki manusia, bererti menjauhkan diri dari merasa irihati terhadap apa yang dimiliki oleh manusia serta mengosongkan hati dari mengingati harta milik orang. lni bukan bererti membenci sehingga suka agar kesenangan orang lain hilang kerana itu hasad dengki yang amat dilarang
(4) Zuhud sebenar bukan bererti meninggalkan dunia atau langsung tidak berharta. Zuhud sejati ialah tidak menjadikan dunia dan kemewahan hidup sebagai matlamat hidup, walaupun kekayaannya memenuhi dunia seumpama yang terjadi pada jutawan zaman Rasulullah SAW seperti Abdul Rahman ibn 'Auf, kerana matlamat hidup seorang mukmin ialah Allah dan keredhaanNya, bukan benda-benda selainNya.
wallahu'alam
detail via --> link
SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............
Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu.
Jika anda ada satu ilmu Dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...
Thursday, December 10, 2009
Hadith 30/40
Daripada Abu Tha'labah al-Khusyanie Jurthum ibn Nasyer r.a. daripada Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memfardhukan beberapa fardhu maka janganlah kamu menghilangkannya (iaitu janganlah kamu mempersia-siakannya dan meninggalkannya), Dia telah menentukan beberapa batasan, maka janganlah kamu melampauinya, Dia telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu mencabulinya dan Dia tidak menyatakan hukum tentang beberapa perkara, maka janganlah kamu cuba menyelidikinya."
(Hadith hasan - riwayat al-Daruqutni dan orang lain)
Isi Penting
Bahagian Hukum Allah
Terdapat 4 jenis bahagian hukum Allah:
Pertama : Hukum yang difardhukan menurut dalil syarak dari kitabNya atau sunnah RasulNya atau dari kaedah-kaedah hukumNya. Hukum ini tidak boleh disia-siakan atau ditinggalkan.
Kedua : Hukum yang dihadkan Allah, iaitu hukum yang telah ditetapkan Allah tetapi tidak boleh melampaui dari ketentuannya, seperti sabda baginda s.a.w. : "Allah telah menetapkan beberapa hudud, maka janganlah kamu melampauinya."
Ketiga : Hukum yang diharamkan Allah secara tegas dalam kitabNya dan hadith RasulNya, seperti:
"Katakanlah! Sesungguhnya tuhanku mengharamkan segala kejahatan yang zahirnya dan yang batinnya dan dosa dan aniaya dengan tiada benar, dan (Ia haramkan) kamu menyekutukan Allah dengan suatu yang keterangannya tidak Ia turunkan, dan (Ia haramkan) kamu berkata atas nama Allah suatu yang kamu tidak tahu." (Al-A'raf : 33)
"Tiap-tiap yang memabukkan adalah haram."
Keempat : Perkara yang didiamkan, maka haram menyelidikinya dan mencari puncanya. Kerana yang didiamkan itu adalah suatu rahmat atau kemudahan, bukan kerana disengaja tidak diterangkan hukumnya.
Hukum Perkara Yang Didiamkan
Maksud perkara yang didiamkan ini ialah perkara yang tidak disebutkan hukumnya sama ada halal, wajib atau haram. Dengan demikian maka hukumnya adalah harus, tiada salah melakukannya atau menggunakannya.
Menurut riwayat Tirmizi dan Ibn Majah dari Salman al-Farisi ditanya Rasulullah s.a.w. darihal minyak sapi, keju dan kulit. Rasulullah s.a.w. menjawab :
"Yang halal ialah apa yang Allah halalkan dalam kitabNya, dan yang haram apa yang Allah haramkan dalam kitabNya, dan apa yang didiamkan daripadanya maka ia dari perkara yang dimaafkan untuk kamu."
Rasulullah s.a.w. dalam jawapannya ini tidak menjelaskan hukum benda-benda tersebut secara satu persatu, tetapi baginda menarik perhatian supaya meneliti dan mengetahuinya dari kitab Allah.
Rasulullah s.a.w. juga menyatakan laranganNya terhadap penyelidikan perkara yang didiamkan sama sekali. Di antaranya ialah perkara-perkara yang ghaib yang diperintah supaya dipercayai dan tidak disuruh supaya dibahas secara mendalam atau diselidiki keadaannya, kerana ditakuti membawa kepada keraguan dan akhirnya pendustaan.
Ishaq bin Rahawiyyah berkata: "Tidak harus berfikir terhadap tuhan yang mencipta, tetapi harus bagi hambaNya berfikir terhadap segala makhluk atau kejadian yang ada sekadar yang dapat mereka dengar atau mengetahui, dan tidak dikehendaki mereka melebihi dan mendalami fikiran yang membawa kepada timbulnya prasangka."
Pengajaran Hadis
(1) Setiap mukmin dituntut supaya mematuhi titah perintah Allah SWT sama ada berbentuk suruhan fardhu mahupun larangan haram. Hadis tersebut mengingatkan setiap mukmin agar memelihara dengan baik segala amalan fardhu yang Allah SWT fardhukan, jangan sampai dipersiakan atau dihilangkan begitu sahaja.
(2) Demikian pula Allah menentukan beberapa batasan dan beberapa perkara haram, maka setiap mukmin dituntut agar benar-benar menjaga sempadan halal haram ini, jangan sampai dia mencabuli perkara haram apatah lagi kalau sampai menghalalkan perkara haram.
(3) Di samping itu, Allah SWT mendiamkan beberapa perkara iaitu tidak menyatakan halal haramnya secara jelas, maka janganlah kita menyusahkan diri mencari hukumnya. Allah berbuat demikian bukan kerana lupa, bahkan sebagai rahmat buat umat manusia demi memberi kemudahan bagi manusia. Hukum perkara yang ditinggalkan hukum halal haramnya adalah harus, iaitu boleh dilakukan
wallahu'alam
detail via --> link
SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............
Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu.
Jika anda ada satu ilmu Dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...
Monday, December 7, 2009
Amalan Yang Diterima
*sumber rujukan - Muhammad Thalib : 170 Amalan Yang Diterima
Part 3 - Thaharah
a) Menjaga Kebersihan
Dari Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jauhilah olehmu dari dua tempat yang terlaknat!"
Mereka bertanya: "Apakah dua tempat yang terlaknat itu?"
Baginda bersabda: "Iaitu orang buang air di jalan manusia, atau di tempat-tempat manusia berteduh." (Riwayat Muslim)
b) Bersiwak Setiap Wudhuk
"Sekiranya tidaklah memberatkan kepada umatku tentu aku akan perintahkan mereka untuk berwudhuk pada setiap akan solat dan setiap kali mahu wudhuk menggunakan siwak." (Riwayat Ahmad)
c) Baca Bismillah Ketika Wudhuk
"Tidak sah solat bagi orang yang tidak berwudhuk dan tidak sah wudhuk bagi orang yang tidak membaca bismillahirrahmanirrahim." (Riwayat Ahmad)
d) Meluaskan Air Wudhuk
"Sesungguhnya pada hari kiamat umatku akan ditandai dengan keningnya berkilauan kerana bekas wudhuk. Barangsiapa di antara kamu yang sanggup untuk memperpanjang kilauannya, hendaklah ia lakukan."
e) Menyempurnakan Wudhuk
"Barangsiapa berwudhuk, lalu ia menyempurnakan wudhuknya, iaitu ia menyuci kedua tangannya, wajahnya dan mengusap kepalanya dan kedua telinganya dan menyuci kedua kakinya, kemudian ia berdiri untuk solat fardhu, maka pada hari itu ia diampuni dosa-dosa yang dilakukan oleh kedua kakinya, oleh kedua tangannya dan diampuni dosanya kerana apa yang didengar oleh kedua telinganya, dilihat oleh kedua matanya, dan dibisikkan oleh hatinya."
f) Berdoa Sesudah Wudhuk
"Tidaklah seseorang di antara kamu berwudhuk, lalu ia menyempurnakan wudhuknya, kemudian ia berdoa Asyhadu anla ilaha illallah wahdahu lasyarikalah, wa asyhadu ana muhammadan 'abduhu wa rasuluh (Aku bersaksi tiada Tuhan kecuali Allah Yang Maha Tunggal, tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi sesungguhnya Muhammad adalah hambaNya dan utusanNya - doa sesudah wudhuk), maka pastilah akan dibukakan lapan pintu syurga untuk dirinya dan ia dapat masuk pada pintu mana saja yang ia sukai." (Riwayat Muslim)
Dalam riwayat Tirmidzi, ada pertambahan Allahumaj 'alni minattawabin waj 'alni minal mutatahhirin (Ya Allah, jadikanlah aku termasuk orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah aku termasuk orang-orang suci)
g) Setelah Wudhuk Solat 2 Rakaat
"Barangsiapa berwudhuk, lalu ia menyempurnakan wudhuknya kemudian solat dua rakaat dengan tiada yang terlupa di dalam mengerjakan solatnya, maka ia akan diampuni segala dosa-dosanya yang telah lalu." (Riwayat Abu Dawud)
Wassalam..
next episode:
Part 4 - Solat Wajib
Part 5 - Solat Sunnah
Part 6 - Solat Jumaat
Part 7 - Zakat
Part 8 - Puasa
Part 9 - Jihad
Part 10 - Zikir
Part 11 - Doa-doa
Part 12 - Bekerja
Part 13 - Menikah
Part 14 - Makanan
Part 15 - Lain-lain

Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu.
Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...

Sunday, November 22, 2009
Hadith 29/40
Daripada Mu'az ibn Jabal r.a. beliau berkata: Aku berkata: Ya Rasulullah! Terangkan padaku suatu amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku daripada api neraka. Baginda bersabda: "Sesungguhnya engkau telah bertanya suatu perkara besar, namun sesungguhnya ia adalah ringan bagi orang yang dipermudahkan Allah; iaitu engkau menyembah Allah, jangan mensyirikkanNya dengan sesuatu, engkau mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah." Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku tunjukkan beberapa pintu kebajikan? "Puasa itu adalah perisai, sedekah dapat madamkan dosa seumpama air memadamkan api dan sembahyang seorang lelaki di tengah malam."
Kemudian Baginda membaca ayat al-Qur'an yang bererti: [Tulang-tulang rusuk mereka telah renggang dari tempat tidur mereka. Mereka menyeru Tuhan mereka dengan perasaan takut dan penuh harapan dan mereka membelanjakan sebahagian rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka. Seseorang tidak mengetahui apakah yang disembunyikan bagi mereka yang terdiri daripada perkara yang menyejukkan mata sebagai balasan terhadap amalan yang mereka telah lakukan.*As-Sajadah : 16-17.]
Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku khabarkan kepadamu tunggak segala amal, tiang-tiangnya dan puncaknya? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah! Baginda bersabda: "Tunggak amalan ialah lslam, tiang-tiangnya ialah sembahyang dan puncaknya ialah jihad."
Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku khabarkan kepadamu kunci segala perkara tersebut? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah! Lalu Baginda memegang lidahnya seraya bersabda: Peliharalah benda ini! Aku berkata: Ya Nabi Allah! Adakah kita akan diseksa lantaran apa yang dibicarakannya? Baginda bersabda: "lbumu akan kehilanganmu wahai Mu'az! Tiadalah manusia itu dihumbankan mukanya - atau Baginda bersabda - dihumbankan batang hidungnya ke dalam api neraka kecuali kerana hasil tanaman lidah-lidah mereka." (Riwayat Tirmizi)
Isi Penting
Beribadat Dengan Ikhlas
Sesungguhnya perkara ibadat ini adalah mudah atas orang yang ALlah mudahkan kepadanya dengan ditunjukkan atau diberikan taufik untuk ia berusaha dan beramal hingga berjaya memasuki Syurga, terhindar dari Neraka. Sebaliknya, orang yang tidak dimudahkan Allah, tiadalah mudah baginya untuk beramal. Rasulullah s.a.w. sendiri berdoa memohon kemudahan beramal:
"Dan tunjukkan daku dan mudahkanlah petunjuk itu bagiku."
Demikian pula Ibn Umar dalam doanya:
"Ya Allah! Mudahkanlah aku bagi kemudahan, dan jauhkan aku akan kepayahan."
Maksud menyembah Allah ialah mengerjakan ibadat kepadaNya dengan ikhlas, iaitu dengan perasaan dan jiwa tauhid yang tiada sama sekali dicampuri oleh sebarang maksud yang membawa sekutu kepada Allah.
Pintu-pintu Kebaikan
Antara pintu kebaikan itu ialah puasa, kerana puasa adalah perisai dan pencegah dari segala bahaya - iaitu api.
Ada satu riwayat dari Ali bin al-Husin r.a., bahawa ia pernah membawa sebakul roti pada malam yang gelap gelita untuk mencari orang-orang miskin yang hendak diberikan kepada mereka sebagai sedekah daripadanya seraya membaca ayat-ayat Allah yang bermaksud: "Jika engkau nampakkan sedekah-sedekah maka iaitu sebaik-baiknya tetapi jika kamu seumbunyikan dia dan kamu berikan dia kepada orang-orang fakir, maka iaitu terlebih baik bagi kamu. Dan ia akan hapuskan sebahagian daripada dosa-dosa kamu, dan Allah itu mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al-Baqarah : 271)
Selain itu, sembahyang seorang lelaki pada pertengahan malam mampu menghapuskan kesalahan atau dosa. Menurut lafaz ayat, mereka itu adalah orang yang meninggalkan tidur waktu malam untuk berzikir, berdoa dengan perasaan takut dan menaruh harapan kepada Allah, dan orang yang sembahyang bangun tengah malam yang sepi sunyi untuk sembahyang, kerana sembahyang waktu itu lebih utama dari sembahyang waktu siang, sedang hati dan fikiran orang yang mendirikannya lebih khusyuk, lebih bersih dan lebih padu menuju ingatan kepada Allah. Salah satu sembahyang itu adalah tahajjud.
Seterusnya, kepala segala pekerjaan ialah Islam, dan tiangnya ialah sembahyang dan puncaknya ialah jihad di jalan Allah. Pada hadith yang lain diterangkan bahawa amal-amal yang utama ialah beriman kepada Allah kemudian berjihad pada jalan Allah untuk memelihara dan mempertahankan agamanya.
Akhir sekali, difahamkan bahawa kebanyakan dosa yang menyebabkan manusia masuk neraka ialah dari lidah. Dari lidah terbit perkataan syirik dengan Allah, timbulnya dusta, ugut, ancaman, fitnah dan lain-lain, yang kebanyakannya hanya dosa semata. Benarlah sabda baginda s.a.w.:
"Kebanyakan perkara yang memasukkan manusia ke neraka ialah kerana 2 rongga : iaitu mulut dan kemaluan." (Riwayat Ahmad)
Pengajaran hadis
(1) Amal adalah sebab untuk masuk Syurga, dan dikuatkan dengan firman Allah s.w.t.:
"Dan itulah syurga yang kami wariskan kepada kamu dengan kerana (amal) yang kamu telah kerjakan." (Al-Zukhruf : 72)
(2) Lidah adalah perosak dan pemusnah nilai peribadi hingga menyebabkan seorang terseksa kerananya.
(3) Segala amal baik seseorang akan sia-sia seandainya dia menggunakan lidah untuk melahirkan suatu iktikad yang membawa kepada syirik atau kufur kepada Allah kepada dosa besar.
(4) Lidah adalah penterjemah, menterjemah, atau menyalin apa yang terguris di hati. Terjemahan lidah adalah bukti kebaikan atau keburukannya seseorang itu.

Tuesday, November 17, 2009
Amalan Yang Diterima
*sumber rujukan - Muhammad Thalib : 170 Amalan Yang Diterima
Part 2 - Menuntut Ilmu
a) Mewariskan Ilmu
"Apabila seorang anak Adam mati, maka terputuslah amalnya, kecuali 3 perkara, sedekah yang terus mengalir (wakaf), atau ilmu yang dapat dimanfaatkan, atau anak soleh yang memohon kebaikan baginya." (Riwayat Muslim)
b) Menuntut Ilmu
Dari Abi Umamah, ia berkata: Diceritakan kepada Rasulullah s.a.w. mengenai 2 orang. Yang seorang adalah ahli ibadah dan yang lain adalah ahli ilmu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Keutamaan ahli ilmu daripada ahli ibadah ialah seperti keutamaanku terhadap orang-orang lain di bawahku." Sabdanya: "Sesungguhnya Allah dan malaikat dan penghuni langit dan bumi sekalipun semut di dalam lubangnya dan ikan di laut mengucapkan selawat kepada orang-orang yang mengerjakan kebaikan kepada manusia." (Riwayat Tirmizi)
c) Mengajarkan Islam
"Mudah-mudahan Allah menjadikan baik seseorang yang mendengarkan sesuatu dari kami, lalu ia mahu menyampaikannya seperti ia telah mendengarnya, kerana berapa ramai orang yang diberitahu lebih mengerti dari orang yang mendengarnya." (Riwayat Tirmizi)
d) Menghafal Al-Quran
"Adalah termasuk mengagungkan Allah ialah menghormati seorang Muslim yang sudah tua dan penghafal Al-Quran yang tiada sombong dan tidak pula berbuat maksiat serta menghormati pemegang kekuasaan yang berlaku adil." (Riwayat Abu Dawud)
e) Menghormati Ahli Ilmu
"Bukanlah termasuk umatku orang-orang yang tiada mahu menghormati ketua kami dan menyayangi orang-orang kami yang kecil serta menghormati orang-orang yang berilmu." (Riwayat Ahmad)
f) Mengajarkan Ilmu
"Barangsiapa mengajarkan satu ilmu, maka dia mendapatkan pahala dari orang yang mengamalkannya dengan tidak berkurang sedikit pun pahala orang yang mengerjakannya itu." (Riwayat Ibnu Majah)
g) Menunjukkan ke Arah Kebaikan
"Orang yang menunjukkan kepada kebaikan adalah seperti orang yang melaksanakan kebaikan itu." (Riwayat Bazaar)
Wassalam..
next episode:
Part 3 - Thaharah
Part 4 - Solat Wajib
Part 5 - Solat Sunnah
Part 6 - Solat Jumaat
Part 7 - Zakat
Part 8 - Puasa
Part 9 - Jihad
Part 10 - Zikir
Part 11 - Doa-doa
Part 12 - Bekerja
Part 13 - Menikah
Part 14 - Makanan
Part 15 - Lain-lain
SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............
Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu.
Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...
Part 2 - Menuntut Ilmu
a) Mewariskan Ilmu
"Apabila seorang anak Adam mati, maka terputuslah amalnya, kecuali 3 perkara, sedekah yang terus mengalir (wakaf), atau ilmu yang dapat dimanfaatkan, atau anak soleh yang memohon kebaikan baginya." (Riwayat Muslim)
b) Menuntut Ilmu
Dari Abi Umamah, ia berkata: Diceritakan kepada Rasulullah s.a.w. mengenai 2 orang. Yang seorang adalah ahli ibadah dan yang lain adalah ahli ilmu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Keutamaan ahli ilmu daripada ahli ibadah ialah seperti keutamaanku terhadap orang-orang lain di bawahku." Sabdanya: "Sesungguhnya Allah dan malaikat dan penghuni langit dan bumi sekalipun semut di dalam lubangnya dan ikan di laut mengucapkan selawat kepada orang-orang yang mengerjakan kebaikan kepada manusia." (Riwayat Tirmizi)
c) Mengajarkan Islam
"Mudah-mudahan Allah menjadikan baik seseorang yang mendengarkan sesuatu dari kami, lalu ia mahu menyampaikannya seperti ia telah mendengarnya, kerana berapa ramai orang yang diberitahu lebih mengerti dari orang yang mendengarnya." (Riwayat Tirmizi)
d) Menghafal Al-Quran
"Adalah termasuk mengagungkan Allah ialah menghormati seorang Muslim yang sudah tua dan penghafal Al-Quran yang tiada sombong dan tidak pula berbuat maksiat serta menghormati pemegang kekuasaan yang berlaku adil." (Riwayat Abu Dawud)
e) Menghormati Ahli Ilmu
"Bukanlah termasuk umatku orang-orang yang tiada mahu menghormati ketua kami dan menyayangi orang-orang kami yang kecil serta menghormati orang-orang yang berilmu." (Riwayat Ahmad)
f) Mengajarkan Ilmu
"Barangsiapa mengajarkan satu ilmu, maka dia mendapatkan pahala dari orang yang mengamalkannya dengan tidak berkurang sedikit pun pahala orang yang mengerjakannya itu." (Riwayat Ibnu Majah)
g) Menunjukkan ke Arah Kebaikan
"Orang yang menunjukkan kepada kebaikan adalah seperti orang yang melaksanakan kebaikan itu." (Riwayat Bazaar)
Wassalam..
next episode:
Part 3 - Thaharah
Part 4 - Solat Wajib
Part 5 - Solat Sunnah
Part 6 - Solat Jumaat
Part 7 - Zakat
Part 8 - Puasa
Part 9 - Jihad
Part 10 - Zikir
Part 11 - Doa-doa
Part 12 - Bekerja
Part 13 - Menikah
Part 14 - Makanan
Part 15 - Lain-lain
SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............
Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu.
Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...
Friday, November 13, 2009
Amalan Yang Diterima
*sumber rujukan - Muhammad Thalib : 170 Amalan Yang Diterima
Part 1 - Akidah
a) Niat Berbuat Baik
"Apabila seseorang hambaKu berniat untuk melakukan kebaikan, maka Aku akan tuliskan kebaikan itu untuknya, walaupun dia belum melaksanakan satu kebaikan dan apabila dia melaksanakannya, maka Aku akan tuliskan untuknya 10 kali kebaikan." (Riwayat Muslim)
b) Niat Kerana Allah
"Tatkala Allah mengumpulkan manusia pertama dan manusia terakhir pada hari kiamat nanti, hari yang tiada diragukan lagi, maka berserulah seorang penyeru; Barangsiapa yang di dalam melakukan amalnya berlaku syirik, maka hendaklah ia meminta pahalanya itu dari sisi orang itu, kerana Allah tidak memerlukan sekutu dari kesyirikan orang itu." (Riwayat Tirmizi)
c) Berpegang Kepada Al-Quran
"Sesungguhnya Al-Quran ini satu hujungnya ada di tangan Allah dan satu hujung lainnya ada di tangan kamu sekalian. Kerana itu berpegang teguhlah kepadaNya, sesungguhnya kamu sekalian tidak akan sesat untuk selama-lamanya!" (Riwayat Thabrani)
d) Menghidupkan Sunnah Nabi s.a.w.
"Berpeganglah kalian kepada sunnahku dan sunnah khulafa rasyidin yang terpimpin. Peganglah dia dengan gigi-gigi taringmu dan jauhilah olehmu sekalian mengada-adakan urusan baru, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah adalah sesat." (Riwayat Tirmizi)
e) Mengajak Masuk Islam
"Barangsiapa yang mengajak kepada hidayah (Islam), maka ia akan mendapatkan pahala bagi dirinya sendiri dan pahala orang-orang yang mengikutinya, tiada berkurang sedikit pun dari pahala mereka itu. Dan barangsiapa mengajak kepadanya kesesatan, maka ia mendapat dosa atas perbuatannya itu dan dosa orang-orang lain yang mengikutinya, tanpa berkurang sedikit pun dosa-dosanya." (Riwayat Muslim)

Sunday, November 1, 2009
Hadith 28/40
Daripada Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan airmata. Kami berkata: Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, maka berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya bertaqwa kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti, necaya dia akan melihat banyak perselisihan. Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah khulafa' Rasyidin yang mendapat hidayat. Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah tersebut) dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah dan setiap bid'ah itu adalah sesat dan setiap kesesatan itu dalam neraka. (Riwayat Tirmizi)
Isi Penting
Taqwa & Kewajipan Mendengar Dan Taat
Taqwa ialah memelihara diri dari segala perbuatan yang menyebabkan terkena bencana di dunia dan azab di akhirat. Orang yang beriman diwajibkan taqwa itu demi keselamatan hidupnya. Taqwanya adalah dengan perbuatannya yang diperintah oleh agama, sekalipun perbuatannya kecil saja asal saja untuk menolong memeliharanya dari kesengsaraannya, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. iaitu:
"Takutilah api neraka walaupun dengan sebelah buah tamar, kalau tidak dapati maka dengan sepatah kata yang baik."
Umat Islam disuruh supaya mendengarkan dan mentaati sekalipun orang yang memerintah itu dipandang hina dan buruk rupanya, asalkan dia mengutamakan kitab Allah s.w.t. dan menggunakan alasan yang kukuh. Hal ini bermaksud bahawa apa yang didengarkan dan ditaati itu bukanlah pada hakikatnya kepada orang yang memerntah, tetapi adalah kepada perintahnya yang sebenar daripada Al-Quran itu sendiri.
Sabda baginda s.a.w. lagi:
"Hanya taat itu pada yang baik"
Jadi, taat atau patuh itu adalah kepada Allah s.w.t. (Al-Quran) dan kepada Rasul (Hadis dan Sunnah) dan kepada orang-orang yang mengurus hal ehwal umat Islam, yang melaksanakan suatu hukum sesuai dengan maksud dari kedua kitab tersebut.
Akan Timbul Perselisihan Yang Banyak
Kata Imam Syafie :
"Tidak ada sebarang perkataan lagi bagi seorang berserta sunnah Rasulullah s.a.w."
Maksudnya ialah tidak boleh diterima perkataan seorang jika ternyata perkataan itu berlawanan dengan sunnah (hadith) Rasulullah. Dan katanya lagi:
"Telah sepakat manusia, bahawa barangsiapa yang ternyata baginya satu sunnah dari Rasulullah tidaklah seharusnya ia meninggalkan kerana perkataan seorang dari manusia."
Maksudnya telah sepakat segenap umat Islam bahawa barangsiapa yang mengetahui satu sunnah dari Rasulullah s.a.w. maka tidaklah boleh lagi ia meninggalkan sunnah itu hanya kerana mengikut pendapat orang lain.
Berpegang Teguh Dengan Sunnah Rasulullah & Sunnah Khalifahnya
Sabda baginda s.a.w.
"Barangsiapa mengambil (berpegang) akan sunnahku, maka ia daripadaku (daripada umatku). Dan barangsiapa tidak suka daripada sunnahku maka ia bukan daripadaku (bukan dari perjalanan umatku)."
"Akan datang kepada manusia suatu zaman di mana tiada akan mampu untuk mendapatkan penghidupan dalam kalangan mereka melainkan dengan maksiat (durhaka) sehingga seorang lelaki berdusta dan bersumpah. Apabila telah sampai masa yang demikian itu, maka hendaklah kamu lari (menjauhkan diri). Ditanya: Ya Rasulullah! Dan ke mana tempat lari? Jawabnya: Kepada Allah s.w.t. dan kepada kitabNya dan kepada sunnah NabiNya."
Sunnah Rasulullah s.a.w. ialah jalan Rasulullah, jalan yang diikuti para sahabatnya dan oleh umat Islam yang mencintai syariatnya. Dan jalan inilah yang wajib diikuti oleh setiap orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kerana jalan ini ialah jalan Allah, jalan yang diterangkan dalam kitabNya al-Quran sepertimana yang ditegaskan oleh Imam Syafie iaitu:
"Segala apa yang telah dihukumkan oleh Rasulullah, maka hukum itu adalah difahamkan dari al-Quran."
Jauhilah Perkara-perkara Yang Baru Diadakan
Bid'ah ialah nama bagi suatu yang baru diadakan. Bid'ah dalam urusan dunia tidak dilarang, sebaliknya dalam urusan agama yang sangat dilarang. Maka, barangsiapa yang mengadakan suatu perbuatan lalu dikatakannya dari agama atau disandarkan kepada agama pada hal tidak ada asal dan contohnya dari agama, maka perbuatan itu adalah dipandang salah dan ditolak.
Imam Syafie berkata:
"Bid'ah itu dua (macam) iaitu : bid'ah yang terpuji dan bid'ah yang tercela. Maka bid'ah yang sesuai akan sunnah adalah yang terpuji, dan bid'ah yang menyalahinya ialah yang tercela."
Pengajaran hadis
(1) Ucapan nasihat dan peringatan adalah penting dalam kehidupan umat lslam. Pengajaran dan peringatan hendaklah disampaikan secara bersungguh-sungguh dan berkesan agar ia memberikan kesan positif kepada para pendengar.
(2) Rasulullah SAW berwasiat dalam hadis ini beberapa perkara penting, antaranya; supaya bertaqwa kepada Allah SWT, patuh dan taat kepada pemerintah biarpun dia adalah orang yang berasal dari keturunan bawahan atau hamba 'abdi, kerana yang penting apa yang diperintahkan, bukan orang yang memerintah.
(3) Masalah melantik hamba abdi menjadi ketua masih diperselisihkan oleh para ulama, namun Rasulullah SAW menyebut hal ini bagi menunjukkan peri pentingnya tuntutan patuh dan taat bagi seorang mukmin terhadap ketuanya selagimana perintahnya tidak bertentangan dengan syara'.
(4) Umat akhir zaman diancam oleh perselisihan dan perpecahan. Justeru itu Nabi SAW berpesan agar umat Baginda berpegang teguh dengan sunnah Baginda SAW dan sunnah para khulafa' Rasyidin. Baginda menyeru mereka agar menggigit sunnah-sunnah tersebut. Ungkapan ini memberi erti betapa perlunya berpegang teguh dengan sunnah Nabi dan Khulafa' Rasyidin serta menjauhkan perkara bid'ah yang sesat, perkara yang diada-adakan dalam agama kerana semua bid'ah adalah kesesatan yang akhirnya membawa pengamalnya ke lembah neraka.

Lets Feel The Beauty Of Islam
Subscribe to:
Posts (Atom)