Recent Hadith
"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."
(HR Bukhari & Muslim)
Recent Quran
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik." (Ali-Imran : 110)
Value Of Time
To realize the value of 10 YEARS.....ask a newly divorced couple
To realize the value of 4 YEARS.....ask a graduate
To realize the value of 1 YEAR.....ask a student who failed a grade
To realize the value of 1 MONTH.....ask a mother who has given birth to a premature baby
To realize the value of 1 WEEK.....ask an editor of a weekly newspaper
To realize the value of 1 HOUR.....ask those who are in love who are waiting to meet
To realize the value of 1 MINUTE.....ask the person who has missed the train, bus or plane
To realize the value of 1 SECOND.....ask a person who has survived an accident
To realize the value of 1 MILISECOND.....ask the person who has won a silver medal in the Olympics
To realize the value of A SISTER.....ask someone who doesn't have one
To realize the value of A FRIEND.....lose one
||| Time waits for no one...Yesterday in history.....Tomorrow still mystery.....Today is a gift |||
Treasure every moment we have with goodness...By the declining day, Verily Man is in loss, Save those who believe and do good works, and exhort one another to truth and exhort one another to endurance (Al-Asr 1-3)
*sumber rujukan - Dr Aidh bin Abdullah Al-Qarni : Jagalah Allah...Allah menjagamu
Part 1 - Ikhlas Dalam Beramal
Mengikhlaskan segala amalan kerana Allah s.w.t. Amat celaka dan rugilah mereka yang beramal kerana perkara selain Allah s.w.t. Kita juga hendaklah sentiasa memohon perlindungan daripadaNya dari sifat munafiq, riak (ingin dilihat orang lain), dan sum'ah (ingin didengar orang lain). Firman Allah s.w.t.:
"Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelumnya. Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), nescaya akan hapuslah amalanmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang rugi. Kerana itu, maka hendaklah Allah sahaja kamu sembah dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur." (Az-Zumar : 65-66)
Baginda s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa beramal kerana ingin dilihat orang, maka Allah akan membuka aibnya (pada hari Kiamat) kerananya. Dan barangsiapa beramal kerana sum'ah, nescaya Allah akan menunjukkan sum'ahnya itu (kepada manusia)" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Setiap amalan tidak bernilai andainya hanya untuk tatapan manusia. Segala amalan hanya akan suci andainya dilakukan dengan ikhlas.
"Ikhlas ini sangat sukar dilihat, ibarat seekor semut hitam, di atas batu hitam, di kala malam hari, ketika tiada bulan purnama"
"Ikhlas ni amat halus, umpama tangan kanan memberi sedekah, namun tangan kiri pun tidak perasan akan sedekah itu"
2 pernyataan di atas jelas menunjukkan betapa sukarnya nak mengesan tahap keikhlasan amal seseorang. Secara empiriknya memang kita boleh kata segala amal bermula dengan niat, namun secara praktikalnya apakah amalan kita tu murni? Hanya Dia yang tahu apa yang tersirat untuk setiap amalan kita.
Kualiti sesuatu amal merujuk kepada tahap keikhlasan amalan tu. Allah s.w.t. berfirman:
"Ingatlah, hanya kepunyaan Allahlah agama yang bersih (daripada syirik)...." (Az-Zumar : 3)
"Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya...." (Al-Bayyinah : 5)
So, marilah kita ikhlaskan hati kita dalam beramal, semata-mata ingin mendapatkan redha Allah s.w.t.
Ada satu kisah, seorang ulama, Abul Faraj Ibnul Jauzi, tatkala ingin memberi ceramah kepada manusia, beliau membenamkan mukanya di tanah, menangis seraya berkata, "Wahai Tuhanku, hapuslah kesalahanku dan terimalah amalku."
Satu kisah lagi, seorang ulama, Ibrahim An-Nakha'i apabila duduk bersama lebih daripada 4 orang, dia akan berdiri dan meninggalkan kumpulan seraya berkata, "Saya takut, kalau-kalau ramai orang mengerumuni saya."
Lihatlah betapa indahnya peribadi tokoh2 silam dalam beramal. Memang tak dapat dinafikan bahawa mereka adalah golongan ulama, dan amat jauh sekali tahap iman dan ibadat mereka jika dibandingkan dengan kita. Tapi, andainya para ulama pun kita taknak cuba contohi, siapa lagi tauladan kita selepas Rasulullah s.a.w.?
Fitrah manusia memang mahukan penghargaan. Tidak salah mahukan penghargaan, namun jadi salahnya andai penghargaan itu melampaui hak manusia, ibarat kita menyembah manusia itu hingga lupa bahawa segala yang berlaku adalah dariNya juga. Selain itu, tidak relevanlah andainya kita menghargai mereka yang hanya ber'amal' ke arah kemungkaran. Islam sendiri telah menggariskan maksud amal itu sendiri. Pilihan terletak pada diri kita sendiri, mahu menyelongkar segala khazanah Islam ataupun biarkan je khazanah itu terbiar ditelan zaman. Kita semua hanyalah hambaNya yang hina, dan kepadaNya jualah kita mengharap segala penghargaan yang mutlak..wallahu'alam...
SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............
Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu.
Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...
Sebar2kan, insyaallah kita sama2 dapat barakah.. =)
Lets Feel The Beauty Of Islam

Sepintas lalu
1) Surah ini mempunyai 5 ayat
2) Surah-surah Makkiyyah
3) Diturunkan selepas surah Al-Kafiruun
4) Nama Al-Fiil diambil sempena ayat pertama surah ni, iaitu bermaksud gajah
5) Menceritakan mengenai pasukan bergajah Abrahah yang ingin meruntuhkan Kaabah di Mekah, berlaku ketika tahun Baginda s.a.w. dilahirkan
Isi penting
Cerita tentang pasukan bergajah yang diazab oleh Allah s.w.t. dengan mengirimkan sejenis burung yang menyerang mereka sampai binasa.
Terjemahan ayat
(1) Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentara bergajah [1]?
[1] Yang dimaksud dengan tentara bergajah ialah tentera pimpinan Abrahah Gabenor Yaman yang hendak menghancurkan Kaabah. Sebelum masuk ke kota Mekah tentara tersebut diserang burung-burung yang melemparinya dengan batu-batu kecil sehingga mereka musnah.
(2) Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Ka'bah) itu sia-sia?
(3) dan Dia mengirimkan kapada mereka burung yang berbondong-bondong,
(4) yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar,
(5) lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).
Penutup
Surah Al Fiil ini menjelaskan tentang kegagalan pasukan bergajah yang dipimpin oleh Abrahah, kerana Ka'bah dipelihara oleh Allah s.w.t.
HUBUNGAN SURAH Al FIIL DENGAN SURAH AL QURAISY
Dalam surah Al Fiil, Allah s.w.t. menjelaskan kehancuran pasukan bergajah yang hendak merobohkan Ka'bah, sedang dalam surah Quraisy Allah memerintahkan kepada penduduk Mekah untuk menyembah Allah pemilik Ka'bah.
Wallahu'alam..
MAXIMIZE OUR TIME
Solat Istikharah ni dilakukan sebanyak 2 rakaat, ketika jam 2 pagi, sebelum tidur, selepas maghrib, ataupun waktu lain yang diharuskan solat sunat. (susunan adalah berdasarkan keutamaan)
Dalil-dalil solat Istikharah
Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa: “Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”
Cara-cara
(1) Niat, "Sahaja aku solat sunat istikharah 2 rakaat kerana Allah ta'ala" (versi arab klik sini)
(2) Rakaat 1st - Baca Al-Fatihah dan surah Al-Kafiruun(disunatkan)
(3) Rakaat 2nd - Baca Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas(disunatkan)
(4) Masa sujud terakhir, disunatkan baca 3x doa ni - "Maha Suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana" (versi arab any suggestion plz??)
(5) Doa; (Versi arab klik sini)
"Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya." (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)
*solat istikharah bukan dilaksanakan untuk mencari jodoh je, tapi semoleknya dilakukan untuk segala urusan, kerana hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita*
Sebar-sebarkan..insyaallah
MAXIMIZE OUR TIME
Solat Dhuha ni dilakukan sebanyak 2 rakaat, ketika matahari sedang naik (dalam jam 8 am) sampai tengah hari (dalam 12 tengah hari).
Dalil-dalil solat Dhuha
"Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan" ( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
" Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ." ( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan." (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
"Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata : "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas" (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
" Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya," ( Riwayat At-Thabarani )
Cara-cara
(1) Niat, "Sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah ta'ala" (versi arab klik sini)
(2) Rakaat 1st - Baca Al-Fatihah dan surah As-Syams(disunatkan)
(3) Rakaat 2nd - Baca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha(disunatkan)
(4) Masa sujud terakhir, disunatkan baca 40x doa ni - "Berikanlah kepadaku, wahai Tuhan yang Maha Memberi akan ilmu dan hikmah dan murahkanlah rezeki kepadaku, wahai Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Jadikanlah ia mudah bagiku" (versi arab klik sini)
(5) Doa; (Versi arab klik sini)
" Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh ."
Sebar-sebarkan..insyaallah
MAXIMIZE OUR TIME

Sepintas lalu
1) Surah ini mempunyai 4 ayat
2) Surah-surah Makkiyyah
3) Diturunkan selepas surah At Tiin
Isi penting
Peringatan kepada orang Quraisy tentang nikmat-nikmat yang diberikan Allah kepada mereka. Maka mereka diperintahkan untuk menyembah Allah.
Terjemahan ayat
(1) Kerana kebiasaan orang-orang Quraisy
(2) (iaitu) kebiasaan mereka bepergian pada musim dingin dan musim panas[1].
[1] Orang Quraisy biasa mengadakan perjalanan terutamanya untuk berdagang ke negeri Syam pada musim panas dan ke negeri Yaman pada musim dingin. Dalam perjalanan itu mereka mendapat jaminan keamanan dari penguasa-penguasa dari negeri-negeri yang dilaluinya. Ini adalah suatu nikmat yang amat besar dari Tuhan mereka. Oleh kerana itu sewajarnyalah mereka menyembah Allah yang telah memberikan nikmat itu kepada mereka
(3) Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Pemilik rumah ini (Ka'bah).
(4) Yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka dari ketakutan.
Penutup
Surah Quraisy menerangkan kehidupan orang Quraisy serta kewajipan yang seharusnya mereka penuhi - iaitu menyembah Allah s.w.t.
HUBUNGAN SURAH QURAISY DENGAN SURAH AL MAA'UUN
1. Dalam surah Quraisy, Allah menyatakan, bahawa Dia membebaskan manusia dari kelaparan, maka dalam surah Al Maa'uun Allah mencela orang yang tidak menganjurkan dan tidak memberi makan orang miskin.
2. Dalam surah Quraisy Allah memerintahkan menyembah-Nya maka dalam surah Al Maa'uun Allah mencela orang yang solat dengan lalai dan riya.
Wallahu'alam..
MAXIMIZE OUR TIME