
Sepintas lalu
1) Surah ini mempunyai 4 ayat
2) Surah-surah Makkiyyah
3) Diturunkan selepas surah At Tiin
Isi penting
Peringatan kepada orang Quraisy tentang nikmat-nikmat yang diberikan Allah kepada mereka. Maka mereka diperintahkan untuk menyembah Allah.
Terjemahan ayat
(1) Kerana kebiasaan orang-orang Quraisy
(2) (iaitu) kebiasaan mereka bepergian pada musim dingin dan musim panas[1].
[1] Orang Quraisy biasa mengadakan perjalanan terutamanya untuk berdagang ke negeri Syam pada musim panas dan ke negeri Yaman pada musim dingin. Dalam perjalanan itu mereka mendapat jaminan keamanan dari penguasa-penguasa dari negeri-negeri yang dilaluinya. Ini adalah suatu nikmat yang amat besar dari Tuhan mereka. Oleh kerana itu sewajarnyalah mereka menyembah Allah yang telah memberikan nikmat itu kepada mereka
(3) Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Pemilik rumah ini (Ka'bah).
(4) Yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka dari ketakutan.
Penutup
Surah Quraisy menerangkan kehidupan orang Quraisy serta kewajipan yang seharusnya mereka penuhi - iaitu menyembah Allah s.w.t.
HUBUNGAN SURAH QURAISY DENGAN SURAH AL MAA'UUN
1. Dalam surah Quraisy, Allah menyatakan, bahawa Dia membebaskan manusia dari kelaparan, maka dalam surah Al Maa'uun Allah mencela orang yang tidak menganjurkan dan tidak memberi makan orang miskin.
2. Dalam surah Quraisy Allah memerintahkan menyembah-Nya maka dalam surah Al Maa'uun Allah mencela orang yang solat dengan lalai dan riya.
Wallahu'alam..
MAXIMIZE OUR TIME
No comments:
Post a Comment