
Sepintas lalu
1) Surah ini mempunyai 5 ayat
2) Surah-surah Makkiyyah
3) Diturunkan selepas surah Al-Kafiruun
4) Nama Al-Fiil diambil sempena ayat pertama surah ni, iaitu bermaksud gajah
5) Menceritakan mengenai pasukan bergajah Abrahah yang ingin meruntuhkan Kaabah di Mekah, berlaku ketika tahun Baginda s.a.w. dilahirkan
Isi penting
Cerita tentang pasukan bergajah yang diazab oleh Allah s.w.t. dengan mengirimkan sejenis burung yang menyerang mereka sampai binasa.
Terjemahan ayat
(1) Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentara bergajah [1]?
[1] Yang dimaksud dengan tentara bergajah ialah tentera pimpinan Abrahah Gabenor Yaman yang hendak menghancurkan Kaabah. Sebelum masuk ke kota Mekah tentara tersebut diserang burung-burung yang melemparinya dengan batu-batu kecil sehingga mereka musnah.
(2) Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Ka'bah) itu sia-sia?
(3) dan Dia mengirimkan kapada mereka burung yang berbondong-bondong,
(4) yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar,
(5) lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).
Penutup
Surah Al Fiil ini menjelaskan tentang kegagalan pasukan bergajah yang dipimpin oleh Abrahah, kerana Ka'bah dipelihara oleh Allah s.w.t.
HUBUNGAN SURAH Al FIIL DENGAN SURAH AL QURAISY
Dalam surah Al Fiil, Allah s.w.t. menjelaskan kehancuran pasukan bergajah yang hendak merobohkan Ka'bah, sedang dalam surah Quraisy Allah memerintahkan kepada penduduk Mekah untuk menyembah Allah pemilik Ka'bah.
Wallahu'alam..
MAXIMIZE OUR TIME
No comments:
Post a Comment