Recent Hadith
"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."
(HR Bukhari & Muslim)
Recent Quran
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik." (Ali-Imran : 110)
Value Of Time
To realize the value of 10 YEARS.....ask a newly divorced couple
To realize the value of 4 YEARS.....ask a graduate
To realize the value of 1 YEAR.....ask a student who failed a grade
To realize the value of 1 MONTH.....ask a mother who has given birth to a premature baby
To realize the value of 1 WEEK.....ask an editor of a weekly newspaper
To realize the value of 1 HOUR.....ask those who are in love who are waiting to meet
To realize the value of 1 MINUTE.....ask the person who has missed the train, bus or plane
To realize the value of 1 SECOND.....ask a person who has survived an accident
To realize the value of 1 MILISECOND.....ask the person who has won a silver medal in the Olympics
To realize the value of A SISTER.....ask someone who doesn't have one
To realize the value of A FRIEND.....lose one
||| Time waits for no one...Yesterday in history.....Tomorrow still mystery.....Today is a gift |||
Treasure every moment we have with goodness...By the declining day, Verily Man is in loss, Save those who believe and do good works, and exhort one another to truth and exhort one another to endurance (Al-Asr 1-3)
Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya.
(Riwayat Muslim)
Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu Baginda bersabda:
Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu.
(Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik)
Isi Penting
Kebaikan Itu Elok Budi Pekerti
Kebaikan dalam istilah agama ada 2:
1- Kebaikan digunakan untuk sesama manusia, khusus kepada kedua ibubapa, ataupun sekelian makhluk secara umum.
2- Kebaikan dalam ertikata melaksanakan segala ketaatan secara zahir mahupun batin sejajar dengan petunjuk Al-Quran, seperti:
a) Taat zahir : Membelanjakan harta menurut yang diredhai Allah s.w.t., mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menyempurnakan janji, sabar hadapi dugaan
b) Taat batin : Beriman kepada Allah, malaikatNya, segala kitab dan rasul-rasulNya
Ibnu Umar pernah berkata:
"Kebaikan itu mudah; muka yang berseri-seri dan kalam yang lemah lembut."
Dosa Itu Getaran Dalam Islam
Kata Abu al-Darda:
"Kebaikan itu dalam ketenteraman, dan kejahatan itu dalam keraguan."
Seorang yang berbuat kesalahan atau suatu yang haram akan merasa dirinya satu perasaan yang tidak menyenangkan hingga dadanya berdebar-debar, hatinya menggeletar kecemasan atau ketakutan atau kebimbangan, tidak suka diketahui atau dilihat ataupun diceritakan orang lain halnya.
Mintalah Fatwa Hati
Bertanya dan mengambil ketetapan sikapnya dalam suatu perkara yang tidak tentu dan tidak terang hukumnya atau dalam perkara syubhat yang masih diragu-ragukan halal haramnya.
Sekiranya perbuatan itu tidak baik atau dosa, maka ia akan ragu atau gelisah kerana samar-samar hukumnya.
Kata Ibnu Mas'ud:
"Dosa itu menggoncangkan hati."
Hati adalah pedoman atau pengukur bagi menentukan suatu perkara yang dihadapi seorang, kerana dari isyarat atau petunjuk dari hati itu mampu membawa kepada yang baik atau tidak baik.
Hati atau jiwa seseorang amat mustahak dalam menentukan suatu perkara yang meragukan atau dalam masalah yang tidak diketahui hukumnya.
Akan tetapi, perkara yang sudah diketahui hukumnya berdasarkan dalil syarak, tidaklah lagi diperlukan meminta fatwa hati atau bertanya bagaimana keadaannya. Kerana hati itu hendaklah patuh kepada hukum itu sama ada hatinya senang atau tidak.
Kesimpulannya, hendaklah menurut hukum yang ada nasnya walaupun ada pendapat lain yang bertentangan. Kerana tiada jalan lain bagi orang yang beriman kecuali mematuhi Allah dan RasulNya, sebagaimana firman Allah s.w.t.:
"Dan tidak sayugianya bagi orang yang beriman lelaki dan perempuan apabila Allah dan RasulNya memutuskan (sesuatu hukum) ada lagi bagi mereka (hak) memilih dari urusan mereka." (Al-Ahzab : 36)
"Maka tidak, demi Tuhan engkau! Mereka tidak (dikatakan) beriman hingga mereka jadikan engkau hakim dalam apa yang mereka berselisihan di antara mereka, kemudian mereka merasa sempit dalam hati-hati mereka dari apa yang engkau putuskan dan mereka menyerah dengan sungguh-sungguh." (An-Nisa : 65)
Ini perintah Allah s.w.t. dalam perkara yang dinaskan, iaitu yang telah jelas hukumnya. Walaupun begitu, bagi urusan yang hukumnya masih belum jelas serta tidak didapati fatwa dari orang yang dipercayai ilmu agamanya, dan kalaupun ada fatwa itu, tetapi hanya didasarkan kepada sangkaan atau pendapat dan tidak didasarkan kepada dalil syarak, maka waktu itu hendaklah menurut apa yang terasa dalam hatinya dan menentukan sikapnya, walaupun ada orang yang mengeluar fatwa berlainan darinya.
Pengajaran hadis
(1) Keelokan akhlak ialah satu-satunya penilaian kebaikan. Namun bukanlah hanya terletak pada pandangan manusia semata-mata. Ada yang baik bagi manusia, tapi tidak bagi agama. Tetapi yang baik untuk agama, sudah tentu baik bagi manusia.
(2) Kejahatan memang tidak disukai orang, kecuali jiwanya telah dikotori oleh sesuatu atau sebab lain. Menurut sesetengah ulama:
"Sebesar-besar kejahatan ialah meninggalkan segala fardhu."
(3) Hati seseorang adalah penunjuk kepada suatu pekerjaan yang akan dilakukannya.
(4) Menurut satu riwayat, Nabi Adam a.s. berwasiat kepada anak-anak dengan berpesan:
1- Jika hendak buat sesuatu, tetapi hati tidak tenang kerananya, maka tinggalkanlah
2- Jika hendak mengerjakan sesuatu, lihatlah kesudahannya.
3- Jika hendak melakukan sesuatu perkara, berundinglah dengan orang tertentu dahulu.
wallahu'alam
detail via --> linkSETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............
Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu.
Jika anda ada satu ilmu Dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...
Lets Feel The Beauty Of Islam
*sumber rujukan - Dr Aidh bin Abdullah Al-Qarni : Jagalah Allah...Allah menjagamu
Part 10 (last) - Berkata Benar dan Menjauhi Perkataan Yang Batil
Mereka sentiasa berkata benar dan mereka tidak terpengaruh dengan hawa nafsu untuk mengatakan sesuatu yang batil.
Doa baginda s.a.w. melalui riwayat Imam An-Nasa'i:
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon "khassyah" (perasaan takut yang sangat) kepadaMu, baik dalam keadaan ghaib mahupun terang-terangan dan saya memohon perkataan yang benar kepadaMu, baik ketika marah mahupun ketika suka." (Riwayat Ahmad)
Sementara zaman kini, ramai manusia kalau marah kepada saudara, teman atau kekasihnya, dia kerap kali naik pitam oleh hawa nafsunya, sehingga ia mengungkapkan kata-kata yang tidak layak untuk diungkapkan. Hal ini berlaku kerana dikuasai oleh hawa nafsu dan lepas kawalan nafsu tersebut. Kalau dia cinta sama saudaranya, maka dia akan melupakan segala aib dan cacatnya, meskipun kadang-kadang aib itu benar-benar ada.
Firman Allah s.w.t.:
"Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang-orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah." (An-Nisa : 135)
"Telah sempurnalah kalimah Tuhanmu (Al-Quran) sebagai kalimah yang benar dan adil." (Al-An'am : 115)
"....dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa...." (Al-Maidah : 8)
Maksudnya firman Allah s.w.t., "Janganlah kerana kebencianmu kepada manusia membuat kamu untuk tidak berlaku adil terhadap mereka, sehingga kamu berbuat penipuan, bertindak sewenang-wenang dan mengada-ada terhadap mereka dan kamu juga melantik seorang hakim yang zalim kepada mereka, hanya lantaran kamu membenci mereka. Sekali-sekali jangan begitu, tetapi jadilah kamu orang-orang yang adil."
Alhamdulillah akhirnya siap juga 10 kriteria ni. Moga kita sentiasa berusaha mengubah diri kita hingga menjadi seperti para nabi2, wali Allah s.w.t., para syuhada dan mereka yang sentiasa mendapat rahmat dari Allah s.w.t. Yang Maha Agung.
Segala kekurangan adalah dari kelemahan saya sendiri menyampaikan ilmu, segala kebaikan adalah kepada penulis buku ini hasil usaha beliau mengkaji Islam, namun segala-gala yang berlaku itu adalah rahmat dari Allah s.w.t. juga.
Moga kita dilindungiNya dari lembah keburukan, agar sentiasa menjadi Muslim sejati hingga akhir hayat.
Wassalam..
SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............
Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu.
Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...
Lets Feel The Beauty Of Islam
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Setiap anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari apabila terbit matahari; engkau berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang berbalah) adalah sedekah, engkau membantu seseorang naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau hayunkan kaki pergi sembahyang adalah sedekah dan menghilangkan sesuatu bahaya di jalanraya adalah sedekah.
(Riwayat lmam Bukhari dan Muslim)
Isi Penting
Sedekah Untuk Diri Sendiri
"Anggota" dimaksudkan dalam hadis menurut sebahagian ulama ialah tulang manusia. Ulama perubatan mengatakan bahawa sekelian tulang pada badan manusia ada sebanyak 240 tulang. Ada pula mengatakan bahawa ada sebanyak 360 tulang, yang dapat dirasa ada sebanyak 265 tulang, sedang bakinya kecil-kecil lagi halus.
Jadi, jumlah anggota tersebut menghasilkan sedekah bagi seorang manusia setiap hari, atau dalam erti kata lainnya sedekah baginya adalah sebanyak jumlah tulang itu pada setiap hari, kalau ia tahu cara sedekahnya.
Sabda baginda s.a.w. pada hadis lain dari Abi Dzar melalui riwayat Abi Al-Aswad Al-Dailami:
"Bagi seorang manusia ada sebanyak 360 tulang (atau 360 anggota) yang menjadi sedekah atasnya pada tiap-tiap hari. Mereka bertanya: Bagaimana orang yang tiada dapat (tidak mampu)? Rasulullah berkata: Ia menyuruh dengan kebaikan, dan melarang dari kejahatan. Mereka berkata: Bagaimana orang yang tiada upaya? Rasulullah berkata: Ia boleh mengangkat (membuang) tulang di jalan. Mereka berkata: Bagaimana pula orang yang tiada kuasa? Rasulullah berkata: Hendaklah menolong orang yang dhaif. Mereka berkata lagi: Ia tiada kuasa juga? Rasulullah berkata: Hendaklah dia berhenti dari melakukan kejahatan terhadap manusia."
Sedekah Untuk Orang lain
Antara sedekah untuk orang lain ialah mendamaikan 2 orang yang berbalah. Jauhilah mencari faedah diri sendiri disebalik usaha tersebut atau memihak suatu keadaan dan pengaruh hingga orang atau pihak yang benar tidak menjadi benar, sedang yang bersalah menjadi benar.
Inilah keadilan yang mendatangkan kebaikan, tetapi perkara ini amat payah dilakukan. Ada perkara lain yang dapat dilakukan sepertimana baginda s.a.w. bersabda:
1- Menolong seorang lelaki menaiki kenderaan, menolong mengangkat barang kepunyaannya untuk memudahkan dia, atau menolong kesusahan orang lain
2- Perkataan yang baik, yang berfaedah walaupun hanya sepatah kata, pendek lagi ringkas tapi bernas. Di antara perkataan baik itu ialah memberi salam dan menjawab salam, memberi nasihat dan teguran dan sebagainya.
3- Setiap langkah kaki ke masjid untuk beribadat atau meramaikan masjid.
4- Membuang atau menghilangkan apa saja bahaya di tengah jalan, sama ada duri, kaca, kayu mahupun binatang dan najis untuk menyenangkan pengguna lain di jalan itu.
Akhir sekali, perjalanan seorang kawan untuk menyempurnakan janjinya dalam suatu perkara. Setiap langkahnya yang dekat atau jauh sepanjang perjalanan itu, adalah dikira sebagai sedekah kepadanya. Demikian pula kebaikan budi seorang dengan menempuhkan atau melanjutkan masa pembayaran hutang seorang kerana kepayahan. Hal ini seperti sabda baginda s.a.w.:
"Barangsiapa menempuh orang yang payah maka baginya adalah sedekah pada tiap-tiap hari sebelum masa pembayaran hutangnya. Kemudian apabila sampai masanya, lalu ditempuhnya lagi maka baginya sedekah yang seperti itu pada tiap-tiap hari."
Pengajaran Hadis
(1) Seperti hadis 25, hadis ini menerangkan bahawa setiap amal perbuatan mukmin walaupun kadang-kadang dianggap biasa atau sedikit, akan mendapat pahala sedekah.
(2) Seorang mukmin boleh mendapat pahala sedekah hasil setiap pergerakan anggota tubuh badannya. Tangannya, kakinya, mulutnya dan akalnya berhak mendapat pahala sedekah apabila melakukan amal kebajikan.
(3) Ruang untuk mendapatkan pahala dalam lslam amat luas dan tidak hanya terbatas kepada amal ibadat khusus semata-mata, sehingga kadang-kadang tidak disangka bahawa sesuatu perbuatan yang dianggap biasa menjadi ibadat dan diberikan pahala.
(4) Syukur menurut Islam ialah menggunakan anggota dan nikmat me arah yang baik. Syukur juga bererti menjauhi segala maksiat dengan mencegah anggota lahir dan batin dari melakukannya, sepertimana kata ulama salaf:
"Syukur itu meninggal segala maksiat"
(5) Pekerjaan dalam Islam tidaklah terbatas pada diri sendiri, tetapi meliputi juga pada diri orang dan makhluk yang lain. Pekerjaan itu kalau baik dipandang sebagai satu sedekah untuk orang yang melaksanakannya tidak kira banyak atau sedikit, susah atau mudah, asal saja maksudnya baik atau suci.
detail via --> linkSETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............
Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu.
Jika anda ada satu ilmu Dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...
Lets Feel The Beauty Of Islam
*sumber rujukan - Dr Aidh bin Abdullah Al-Qarni : Jagalah Allah...Allah menjagamu
Part 9 - Kembali Kepada Al-Quran dan Hadith Dalam Menyelesaikan Perselisihan dan Perpecahan
Setiap perselisihan dan perpecahan, mereka sentiasa kembali merujuk kepada Al-Quran dan Al-Hadith. Kalau mereka berselisih dalam satu masalah, mereka akan segera meneliti dan membahasnya di dalam Al-Quran dan Al-Hadith.
Firman Allah s.w.t.:
"Tentang sesuatu apapun kamu berselisih, maka putusannya (terserah) kepada Allah....." (Asy-Syura : 10)
Dan mereka selalu berdoa sepertimana doa yang dilantunkan Rasulullah s.a.w.:
"Ya Allah, Tuhan Jibril, Mikail dan Israfil, Dzat yang menciptakan langit dan bumi, Dzat Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang terlibat, Engkau memberikan hukum kepada para hambaMu dalam permasalahan yang mereka perselisihkan, maka tunjukilah kami dalam setiap perkara yang kami perselisihkan menuju kebenaran dengan seizinMu, sesungguhnya Engkau memberikan petunjuk kepada jalan yang lurus" (Riwayat Muslim)
Wallahu'alam..
SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............
Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu.
Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...
Lets Feel The Beauty Of Islam
*sumber rujukan - Dr Aidh bin Abdullah Al-Qarni : Jagalah Allah...Allah menjagamu
Part 8 - Sentiasa Ingin Mencintai dan Bersatu Dengan Kaum Muslimin Serta Tidak Menyukai Perpecahan
Mereka sentiasa menginginkan kesatuan dalam "Jamaah Islamiyyah" dan tidak menyukai perpecahan dan berusaha untuk mengumpulkan kekuatan serta menghilangkan semua perselisihan.
Mereka sentiasa menginginkan dan mencintai kaum Muslimin yang berjalan sesuai dengan metod Ahlus-Sunnah wal-Jamaah, tanpa membezakan siapapun mereka itu.
Kaum Muslimin itu satu jemaah yang sempurna, tidak boleh dibahagi-bahagikan dan tidak boleh dipisahkan antara yang satu dengan yang lainnya.
Imam Abu Uthman Ash-Shabuni dan Ibnu Bathuthah mengatakan: "Di antara ciri-ciri ahli bid'ah itu adalah mereka selalu mencela para pemimpin (ulil amri)."
Di antara ciri ahli bid'ah juga adalah bahawa mereka itu sangat membenci persatuan dan gembira serta seronok terhadap perpecahan, tidak begitu halnya dengan para wali Allah s.w.t., iaitu para ulama Ahlus-Sunnah wal-Jamaah.
Wallahu'alam..
SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............
Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu.
Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...
Lets Feel The Beauty Of Islam
*sumber rujukan - Dr Aidh bin Abdullah Al-Qarni : Jagalah Allah...Allah menjagamu
Part 7 - Mengajak Kepada Kebaikan dan Mencegah Kemungkaran Serta Tidak Kikir Menyebarkan Ilmu
Firman Allah s.w.t.:
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf (segala perbuatan yang mendekatkan kita kepada Allah) dan mencegah daripada yang mungkar (segala perbuatan yang menjauhkan kita daripadaNya), dan merekalah orang-orang yang beruntung." (Ali-Imran : 104)
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah..." (Ali-Imran : 110)
"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?" (Fussilat : 33)
"Telah dilaknati orang-orang kafir daripada Bani Israil dengan lisan Daun dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas. Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu." (Al-Maidah : 78-79)
"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran." (Al-Asr : 1-3)
Di dalam Islam, tidak ada seorang alim yang menutup dirinya hanya di dalam rumah dan tidak keluar ke khalayak ramai, untuk menyebarkan manfaat ilmunya kepada mereka. Orang jenis ini bukanlah termasuk ulama Ahlus-Sunnah wal-Jamaah
Mereka biasanya berada di masjid, tempat terbuka, jalan raya, forum-forum, tempat perkumpulan manusia lain, di kampus universiti dsb. Mereka tidak kikir menginfaqkan rezeki yang Allah anugerahkan kepada mereka, dan tidak kikir terhadap ilmu mereka, seperti firman Allah s.w.t. terhadap perihal Bani Israil dalam ayat ini:
"...dan menyembunyikan kurnia Allah yang telah diberikanNya kepada mereka..." (An-Nisa : 37)
Dalam satu riwayat shahih, bahawa Urwah bin Zubair r.a menginfaqkan emas, perak dan dirhamnya kepada orang disekitarnya, seraya berkata: "Kemarilah kalian, untuk mendengarkan hadith Rasulullah s.a.w. daripadaku."
Wallahu'alam..
SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............
Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu.
Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...
Lets Feel The Beauty Of Islam
Daripada Abu Zarr r.a. juga, (beliau meriwayatkan): Bahawa sebahagian sahabat Rasulullah SAW berkata kepada Nabi SAW: Wahai Rasulullah! Orang-orang kaya telah mendapat banyak pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka. Baginda bersabda: Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu yang kamu boleh bersedekah dengannya? Sesungguhnya dengan setiap kali tasbih itu adalah sedekah, setiap kali takbir itu adalah sedekah, setiap kali tahmid itu adalah sedekah, setiap kali tahlil itu adalah sedekah, menyuruh amar ma'aruf itu sedekah, menegah mungkar itu sedekah dan pada kemaluan seseorang kamupun adalah sedekah. Mereka bertanya: Ya Rasulullah! Adakah apabila salah seorang kami melepaskan syahwatnyapun dia beroleh pahala? Baginda bersabda: Bagaimana pandangan kamu kalau dia melepaskan syahwatnya pada tempat haram, adakah dia berdosa? Maka demikian jugalah apabila dia melepaskannya pada tempat yang halal, dia beroleh pahala.
(Hadith Riwayat Muslim)
Isi Penting
Sedekah menggunakan harta
Sedekah jenis ini hanya mampu dilakukan oleh orang yang kaya, dan mereka beruntung dengan mendapat ganjaran pahala yang banyak dari harta yang mereka sedekahkan. Keuntungan pahala seperti ini tidak pernah didapati oleh orang fakir atau miskin kerana ketiadaan harta yang hendak mereka sedekahkan.
Hal ini merunsingkan para sahabat yang tidak mampu bersedekah dengan harta, menyebabkan mereka merasakan rugi untuk mengaut keuntungan pahala di dunia. Sikap ini perlu ada dalam hati setiap insan, supaya kita berebut-rebut mengejar pahala selama hidup di dunia.
Sedekah dengan tidak menggunakan harta
Sedekah bukan harta terbahagi kepada 2:
1) Sedekah seseorang dengan cara mengerjakan kebaikan atau ihsan kepada orang lain. Kadangkala sedekah jenis ini lagi afdal dari sedekah dengan harta. Misalnya, mengajak orang buat kebaikan dan menjauhi kemungkaran, mengajar orang lain ilmu berguna, mengajar membaca Al-Quran, menghilangkan bahaya di tengah jalan, berusaha memanfaatkan orang lain, mencegah sesuatu yang menyusahkan insan lain, dan berdoa memohon keampunan semua umat Islam.
2) Sedekah yang dilakukan kepada dirinya sendiri, iaitu faedah adalah baginya. Misalnya zikir, tasbih, tahmid, tahlil, istiqhfar, baca Al-Quran, berjalan ke masjid. Pahala sedekah jenis ini untuk orang yang melakukannya sahaja. Sabda baginda s.a.w. melalui riwayat Abi Ad Darda:
"Sesungguhnya Alah telah memilih untuk kamu dari perkataan sebanyak empat (macam) dan sekeliannya dari Quran. Iaitu Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha illallah, dan Allahu Akbar."
Dari Ibnu Umar, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa berkata: Subhanallah dan Alhamdulillah dan La ilaha illallah dan Allahu Akbar dituliskan kepadanya bagi tiap-tiap huruf itu sebanyak sepuluh kebaikan."
Pengajaran Hadis(1) Para sahabat Rasulullah SAW telah menunjukkan suatu teladan yang baik di mana mereka sering berlumba-lumba mahu melakukan kebaikan.
(2) Setiap amalan soleh mempunyai nilaiannya yang tersendiri di sisi Allah SWT dan ia tidak akan dipersia-siakan sama sekali.
(3) Banyak amalan soleh yang boleh dilakukan bagi menambahkan pahala kebajikan seperti bertasbih iaitu mengucap subhanallah, bertakbir iaitu mengucap Allahu akbar, bertahmid iaitu mengucap alhamdulillah, bertahlil iaitu mengucap La ilaha illallah, dan menyuruh orang berbuat ma'aruf dan mencegah kemungkaran. Semuanya diberikan pahala sedekah sehinggakan melakukan hubungan kelaminpun dianggap sedekah seandainya melalui jalan yang halal. Kerana kalau dia berzina, dia dianggap berdosa dan akan menerima azab. Alangkah indahnya ajaran lslam.
(4) Bagi orang-orang kaya yang mempunyai lebihan harta, mereka hendaklah selalu bersedekah, lebih-lebih lagi kalau mereka terlalu sibuk dengan urusan harta sehingga kurang bermasa untuk melakukan amal ibadat sunat yang lain.
(5) Seorang kaya yang suka bersedekah dan rajin pula melakukan ibadat sunat seperti berzikir yang dianjurkan dalam hadis ini, dia sudah tentu akan mendapat ganjaran dan darjat yang lebih tinggi di sisi Allah SWT.
(6) Perlu diingat bahawa setiap amalan perlu niat yang betul. Walaupun 1000 kebaikan dilakukan, tapi bukan dengan niat keranaNya, maka sia-sialah amalan itu. Walaupun hanya 1 kebaikan dilakukan sepenuh hati untuk keredhaanNya, maka itu adalah yang paling bermakna disisiNya. Sabda baginda s.a.w. melalui Sa'ad:
"Sesungguhnya engkau tiada akan membelanjakan akan suatu perbelanjaan yang engkau qasad dengannya akan Allah (ikhlas kepadaNya) melainkan diberi pahala kepada engkau atas perbelanjaan itu, hingga sesuap (makanan) yang engkau angkatkan ke mulut isteri engkau."
detail via --> link
SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............
Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu.
Jika anda ada satu ilmu Dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...
Lets Feel The Beauty Of Islam
*sumber rujukan - Dr Aidh bin Abdullah Al-Qarni : Jagalah Allah...Allah menjagamu
Part 6 - Aqidah Mereka Adalah Aqidah Ahlus-Sunnah wal-Jamaah
Hendaklah kita mempunyai aqidah yang lurus dan benar, iaitu aqidah yang diajarkan baginda s.a.w. dalam ilmu tauhid (pengEsaan) Allah s.w.t., juga tentang nama-nama indah dan sifat-sifat Allah yang agung serta tentang hari kiamat.
Para wali Allah bukanlah seorang penegak bid'ah ataupun pelampau seperti ahli bid'ah yang melakukan sebanyak 500 rakaat sehari semalam, tetapi mereka adalah aqidah yang diajar baginda s.a.w.
Para wali Allah mengambil aqidah daripada Al-Quran dan Hadith, dan tidak bergelut dalam masalah penta'wilan (penafsiran) dan bantahannya, yang menimpa kelompok-kelompok lain, seperti Mu'tazilah, Shufiyyah, Asy'ariyyah dsb.
Kitab-kitab rujukan mereka adalah kitab-kitab Ahlus-Sunnah wal-Jamaah yang sudah diakui dan dijadikan pegangan, kerana di dalamnya berisi ayat-ayat Al-Quran dan hadith, bukan falsafah atau perdebatan ahli kalam (teologi) yang rumit.
Mereka menjadikan permasalahan aqidah dan tauhid sebagai permasalahan yang paling inti dan utama dalam kerja dakwah mereka, lalu mereka berdakwah kepada manusia, sebagaimana Nabi s.a.w. mendakwahi manusia dalam merealisasikan ilmu tauhid ini dalam kehidpuan mereka dan membuang segala bentuk bid'ah dan penyimpangan daripada kehidupan mereka. Mereka melakukan itu semua dengan pelbagai cara, mulai daripada buku-buku, nasihat-nasihat dan ceramah-ceramah.
Wallahu'alam..
SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............
Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu.
Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...
Lets Feel The Beauty Of Islam
Daripada Abu Zar al-Ghifari r.a. daripada Rasulullah SAW berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Baginda daripada Allah SWT bahawa Dia berfirman: "Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya aku mengharamkan ke atas diriKu kezaliman dan Aku jadikannya di kalangan kamu sebagai suatu perkara yang diharamkan, maka janganlah kamu saling zalim-menzalimi. Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua sesat kecuali orang yang Aku hidayatkannya, maka hendaklah kamu meminta hidayat dariKu. Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua lapar kecuali orang yang Aku beri makan, maka hendaklah kamu meminta makan daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu makan. Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua telanjang kecuali orang yang Aku berikannya pakaian, maka hendaklah kamu meminta pakaian daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu pakaian. Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya kamu bersalah siang dan malam dan Aku mengampunkan semua dosa, maka mintalah keampunan daripadaKu nescaya Aku akan ampunkan kamu. Wahai hamba-hambaKu! Selama-lamanya kamu tidak akan mampu memudharatkan Aku sehingga kamu boleh memudharatkan Aku. Wahai hamba-hambaKu! Dan selama-lamanya kamu tidak akan mampu memberi manfaat kepada Aku sehingga kamu boleh memberi manfaat kepada Aku. Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati bertaqwa umpama hati orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak menambahkan apa-apapun dalam kerajaanKu. Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati jahat umpama hati orang yang paling jahat di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak mengurang-cacatkan apa-apapun dalam kerajaanKu. Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua berhimpun di suatu tempat, lalu mereka meminta daripadaKu (iaitu meminta sesuatu pemberian), lantas Aku kurniakan setiap orang dari kalangan mereka permintaannya, nescaya hal itu tidak mengurangkan sedikitpun apa-apa yang ada di sisiKu kecuali umpama berkurangnya air laut apabila dicelupkan sebatang jarum. Wahai hamba-hambaKu! Bahawa sesungguhnya hanya amalan kamu yang Aku akan perhitungkannya bagi kamu, kemudian Aku sempurnakan pembalasannya. Maka barangsiapa yang mendapat kebaikan maka hendaklah dia memuji Allah dan barangsiapa yang mendapat selain kebaikan, maka janganlah dia mencela kecuali mencela dirinya sendiri."
(Hadis riwayat al-lmam Muslim & hadith Qudsi)
Isi Penting
Hadis qudsi ini mempunyai banyak pengajaran antaranya:
(1) Zalim adalah suatu sifat keji yang diharamkan Allah SWT ke atas diriNya dan ke atas hamba-hambaNya. Barangsiapa yang melakukan kezaliman bererti dia telah melampaui batasan yang digariskan oleh Allah SWT.
Firman Allah s.w.t.:
"Dan tiadalah Aku menzalimi hamba-hamba." (Surah Al-Qaf : 29)
"Sesungguhnya syirik adalah kezaliman yang besar." (Luqman : 13)
Syirik adalah zalim kerana menjadikan Allah Maha Pencipta sama sebanding dengan ciptaanNya, atau menjadikan makhlukNya setaraf dengan Dia dalam segi i'tiqad dan ibadat.
Kezaliman antara manusia diharamkan menurut sabda baginda s.a.w. dalam khutbah hajinya yang terakhir:
"Sesungguhnya darah kamu dan hartabenda kamu dan kehormatan kamu haram atas kamu seperti haramnya hari kamu ini pada bulan kamu ini pada negeri kamu ini."
(2) Semua hamba adalah berhajat dan bergantung penuh kepada kurniaan dan kemurahan Allah SWT. Dialah Tuhan yang memberikan petunjuk, memberikan rezeki, memberi pakaian dan Dia juga Tuhan Yang Maha Pengampun segala dosa hamba-hambaNya. Sesungguhnya rahmat Allah sentiasa mendahului murkaNya.
Firman Allah s.w.t.:
"Dan jika kamu kufur, maka sesungguhnya bagi Allah apa yang ada pada langit dan yang ada pada bumi, dan adalah Allah itu kaya terpuji."
(3) Segala permohonan hendaklah hanya diajukan kepada Allah SWT, sama ada permohonan meminta hidayah, rezeki, makanan dan pakaian juga permohonan agar diampunkan segala dosa.
(4) Sesungguhnya Allah SWT Maha Gagah Perkasa. Manusia sekali-kali tidak mampu memberikanNya manfaat dan mudharat.
Sabda baginda s.a.w.:
"Dan barangsiapa durhaka kepada Allah dan RasulNya maka sesatlah ia dan tiada membahayakan, kecuali dirinya sendiri dan tiada membahaya Allah suatu jua pun."
(5) Segala perbuatan manusia sama ada ketaqwaan atau kejahatan, walaupun pada tahap yang paling maksimum dan paling dahsyat, semuanya tidak akan menambah atau menjejaskan kedudukan Allah SWT walaupun sedikit.
Firman Allah s.w.t.:
"Apa yang di sisi kamu habis, dan apa yang di sisi Allah kekal." (An-Nahl : 96)
(6) Segala kurniaan Allah kepada seluruh manusia dan jin, biar betapa banyak sekalipun, ia tidak akan mengurangkan apa yang dimilikiNya walaupun sedikit. la hanya umpama air yang terlekat pada sebatang jarum kerdil yang dijunamkan ke lautan luas.
(7) Setiap amalan manusia akan dihitung satu persatu oleh Allah SWT dan Dialah yang akan menyempurnakan pembalasannya, sama ada balasan baik mahupun buruk.
Manusia tidak terlepas dari buat dosa walau sehari. Dosa hanya dapat dihapuskan dengan istighfar memohon keampunan Allah s.w.t., yang sememangnya siap sedia untuk mengampunnya sekiranya dia telah insaf akan kesalahannya. Sabda baginda s.a.w. melalui riwayat dari Anas:
"Sekelian anak-anak Adam bersalah, dan sebaik-baik orang-orang yang bersalah mereka yang bertaubat."
Pengajaran Hadith
(1) Kezaliman adalah satu perbuatan yang amat terlarang baik dalam bentuk dan cara apa pun juga, sama ada dengan alasan mahu pun tidak.
(2) Segala persoalan hidup seorang manusia rohani dan jasmani (jiwa dan badan) tidaklah dapat dipisahkan dari Allah. Ertinya tidaklah dapat dipandang sebagai persoalan sendiri, yang diurus dan dikendalikannya sendiri; tetapi mempunyai hubungan dengan Allah sebagai hubungan antara makhluk dengan Khaliq.
(3) Segala amal akan diperhitungkan secara saksama dan diberi balasan. Kalau balasan di akhirat maka sudah wajar dan terang. Kadangkala ada juga balasan di dunia. Firman Allah s.w.t.:
"Barangsiapa berbuat kebaikan dari orang lelaki atau perempuan pada hal ia beriman, maka Kami akan hidupkan dia dengan penghidupan yang baik." (An-Nahl : 97)
Dan kepada orang yang berbuat jahat:
"Dan sesungguhnya Kami akan rasakan kepada mereka dari azab yang dekat sebelum azab yang besar semoga mereka kembali." (Al-Sajadah : 21)
detail via --> linkSETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............
Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu.
Jika anda ada satu ilmu Dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...
Lets Feel The Beauty Of Islam