Monday, December 8, 2008

Diman 1.4

Saya mesti Muslim terhadap AHLI KELUARGA

Sebagai seorang Muslim, hendaklah mempunyai rasa tenggungjawab menyeru masyarakat kita juga ke arah Islam. Untuk langkah pertama, hendaklah bermula daripada keluarga dan ahli terdekat sahaja. Kita hendaklah menyampaikan risalah Islam kepada ‘masyarakat kecil’ dahulu, yang terdiri daripada keluarga, isteri, anak-anak dan kaum kerabat terdekat.

Tanggungjawab sebelum berumahtangga
1) Pastikan perkahwinan adalah kerana Allah s.w.t. – membina rumahtangga Muslim
2) Tujuan perkahwinan adalah untuk menjaga pandangan, memelihara kemaluan serta bertaqwa kepada Allah s.w.t.
3) Memilih bakal isteri yang baik kerana dengannyalah kita berkongsi hidup dan menjadi teman perjuangan
4) Wanita yang baik akhlak dan pegangan agamanya menjadi teras dalam pemilihan bakal isteri
5) Mestilah berhati-hati supaya tidak melanggar perintah Allah s.w.t. dan tidak terbabas dalam hal perkahwinan ini – takut kemurkaan Allahs s.w.t

Tanggungjawab selepas berumahtangga
1) Berlaku baik terhadap isteri dan memuliakan hubungan muamalah untuk saling mempercayai
2) Hubungan tidak terbatas hanya di tempat tidur dan melepaskan syahwat sahaja, tetapi mestilah hubungan yang dapat menjalinkan persefahaman dalam pemikiran, kejiwaan dan kasih sayang.
3) Segala hubungan dengan isteri masih terbatas dan tidak terkeluar dari syariat Islam, tidak menjatuhkan nama Islam dan tidak terjebak dalam perkara haram

Tanggungjawab bersama mendidik anak-anak
1) Suami isteri kena saling sepakat dan bersatu hati mendidik anak ke arah rumahtangga Muslim
2) Anak-anak yang dilahirkan adalah bersih (fitrah), tanggungjawab ibubapa mencorakkan itu menjadi penentu masa depan anak-anak
3) Apabila mati seorang anak Adam, terputuslah segala amalannya kecuali 3 : Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, doa anak yang soleh untuknya

Diman 1.3

Saya mesti Muslim sudut AKHLAK

1. Menjauhkan diri daripada perkara syubhat
Hendaklah cuba menjauhi daripada perkara yang kesamaran, kerana belum dipastikan halal haramnya

2. Memelihara pandangan
Elakkan daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan Allah s.w.t. kerana pandangan mampu melahirkan syahwat dan membawa ke kancah maksiat (Surah Al-Nur : 30)

3. Memelihara lidah
Elakkan bercakap perkara yang tiada faedah, perbualan buruk dan kotor, bercakap kosong, mengumpat, dan mengadu domba

4. Bersifat pemalu
Sentiasa berasa malu untuk melakukan maksiat. Namun malu itu tidak menghalang kita memperkatakan kebenaran

5. Bersifat lemah-lembut dan sabar
Dalam mengerakkan kerja Islam, akan berhadapan dengan perkara-perkara tidak menyenangkan, jalan dakwah biasanya payah, penyeksaan, penindasan, tuduhan, ejekan, persendaan yang memalukan. Kita juga akan menemui pelbagai jenis orang yang akan didakwah, jadi hendaklah mampu bergaul sengan segala jenis manusia. Jadi kita hendaklah bersedia dengan semua itu – yakni salah satu caranya ialah bersabar dan sentiasa lemah lembut dalam menggerakkan Islam

6. Bersifat benar & jujur
Hendaklah memperkatakan apa yang benar sahaja. Berkata benar kerana takutkan Allah s.w.t., bukan takutkan celaan orang. Sifat dusta merupakan sifat paling jahat dan hina malahan menjadi pintu masuk kepada tipu daya syaitan

7. Bersifat tawaddhuk (rendah diri)
Seseorang muslim hendaklah bersifat merendah diri, tidak membezakan antara satu sama lain, semua manusia adalah sama sahaja. Tiada bangga diri dalam diri masing-masing.

8. Menjauhi sangka buruk dan mengumpat
Hendaklah menjauhi sangka buruk, mengumpat dan mengintai keburukan orang lain. (Surah Al-Hujurat : 12 & Surah Al-Ahzab : 58)

9. Bermurah hati
Sentiasa bersikap pemurah, berkorban apa sahaja pada jalan Allah s.w.t. (Surah Al-Anfal : 3 & Surah Al-Baqarah : 272)

10. Qudwah hasanah
Menjadi tokoh ikutan yang baik kepada orang ramai, bukan menambahkan fitnah kepada Islam itu sendiri. Menjaga pakaian, tingkahlaku, adab bergaul dsb berkaitan kehidupan bagi mencerminkan seorang mahasiswa Islam